Melukis Impian

Melukis Impian Melakar Kejayaan Menembusi Imaginasi

Tuesday, November 29, 2011

Dan Bila Bertemu Ep 3


Cerita ini hanyalah rekaan saya semata- mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada pun hanya kebetulan jer...~hahaha~
adapun cuma cerita tentang hidup manusia biasa.
Kalau korang terlepas Dan Bila Bertemu Ep 2 klik sini

Footnote(hehe...) : Kalau lagu blog ni mengganggu korang...'pause'laa kat bahagian paling bawah kanan blog ni okay...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


        'Kriiiiiiing!!!'

        Suara jam loceng milikku menjerit diminta untuk dimatikan. Aku bangun lalu mematikan jam loceng tersebut. Mataku masih mahu melabuhkan tirai. Namun, aku tetap harus bangun dan bersiap untuk solat subuh lalu ke sekolah. Tambahan pula, hari ini merupakan hari pertama sekolah setelah dua bulan setengah bercuti. Rindu pula dgn suasana persekolahan dan juga mahu berjumpa dgn Si Dia. hehe...

        Aku bergegas bangkit dari katil dan menuju ke bilik air. Mandi pada pagi hari ini terasa amat menyegarkan. Bukan pada pagi hari lain tak menyegarkan cuma, hari ini terasa sungguh berbeza. Bagaikan ada suatu semangat yg baru. Sukar untuk ditafsirkan. Mungkin semangat untuk....

        Selesai solat Subuh, aku ke dapur. Aku lihat ibu sedang sibuk dgn kerja hariannya yg sudah menjadi rutin setiap harinya iaitu memasak pada setiap pagi. Malah, aku sendiri juga sudah mampu meneka menu ibu pagi ini. Aku lihat hidangan di atas meja kayu yg diperbuat daripada kayu jati buatan tempatan itu. Memang sangkaanku
tepat. Bubur Ayam campur Ikan Bilis Goreng menjadi sarapan kami empat beranak. Aku, Ibu, Abah dan adik kecilku, Syahida.

        Perbezaan umur antara aku dgn Syahida amat ketara. Dia lahir sewaktu aku berumur 14 tahun. Dan kini, aku sudah 17 tahun. Bermakna Syahida sedang dlm meniti usia mengenal dunia. Namun, sekurang- kurangnya aku dpt merasa menjadi searang kakak.

        Tiba2, suara tangisan seorang bayi singgah ditelingaku. Ibu segera meninggalkan dapur setelah habis menggoreng ikan bilis lalu menuju ke biliknya untuk melihat keadaan Syahida. Aku hanya memandang ibu dgn hanya sekilas pandang kemudian aku menarik kerusi dan duduk. Ibu keluar sambil mengendong adik kecilku lalu menuju ke meja makan.

        "Makan cepat sikit. Karang kamu lambat", ujar ibu.

        Aku terasa ada sesuatu yg tak kena. "Assalamualaikum, selamat pagi ibu", aku bersuara sambil tersenyum.

        "Wa'alaikummussalam...", ibu juga tersenyum.

        Tiada suara yg kami lontarkan semasa makan. Abah terus makan setelah duduk di sebelah ibu. Ibu pula sibuk menyuapkan makanan ke mulut Syahida.

        Usai makan, aku bergegas keluar rumah sambil menyandang beg. Kasut putih baru yg dibeli abah sebagai hadiah hari jadiku aku sarung. Aku mengambil basikal dan berkayuh sehingga ke sekolah. Perjalanan dari rumah ke sekolah cuma 700 meter. Setelah tiba, aku cepat2 mengunci basikal lalu menuju ke bilik darjah. Loceng akan berbunyi pada bila2 masa sahaja lagi.

        Tiba2, aku terlanggar seseorang. Menurutku, org itu seorang lelaki yg amat aku kenali. Dia merupakan seorang pelajar lelaki yg aku puja2 dan selalu membuatku tergila- gilakannya. Ya, benar. Dialah Si Dia yg aku rindu setelah tidak melihat mukanya selama dua bulan setengah. Rupa2nya dia jugalah yg membuat aku bersemangat datang ke sekolah hari ini.

        "Opps...maaf". Perkataan itu terpacul keluar dari mulut Afril Haikal. Aku cuma tersenyum malu. Mana tidaknya, terlanggar dgn lelaki. Tiada kata yg aku lontarkan. Mukaku ketika itu seperti melanggar org sehingga cedera parah saja.

        "Sorry ya, saya tak sengaja. Tengah gegas. Takut masuk lambat ke kelas", ujarnya.

        "Tak pe", aku menjawab sepatah.

        Afril berlalu meninggalkan aku di situ. Di koridor kelas. Aku kemudiannya berasa kesal. Kenapa aku malu apabila berjumpa dgn Afril?bila jumpa tak tahu nak cakap apa, padahal Afrillah yg aku nak jumpa. Hatiku berbisik keras. Aku melewati kelas Afril iaitu kelas 6 Pintar. Aku cuma pandang sekilas wajah pujaan hatiku itu sebelum masuk ke kelas. Kata org ambil semangat...

        Kelas hari ini tidak banyak pengisian. Masa yg digunakan kebanyakannya hanya untuk melantik ketua kelas, penolong dan ajk2 yg lain. Proses Pengajaran Dan Pembelajaran atau PnP dijalankan selepas rehat. Antara subjek2 yg di ajar hari ini ialah Kimia dan Matematik. Alhamdulillah, tunjuk ajar drpd Cikgu Daud dan Cikgu Halimah amat mudah untuk difahami.

        "Hoi Sarah!!". Aku tersentak. "Ape bende yg awak fikirkan tu? sampai tak dengar saya bercakap", bebel Nurul, teman baikku.

        "Sorry, tak perasan. Emm...ape yg awak cakap tadi?".

        "Awak ni! malaslaa nak layan awak", rajuknya. Alahai kawan baik aku ni, merajuk pulak.

        :Sorrylaa, saya cuma fikirkan pasal tahun ni".

        "Tahun ni?maksud awak?", soal Nurul.

        "Iyelaa. Tahun nikan kite nak ambil SPM. Mestilaa fikir mcm2. Mcm mne nak berjaya, itu bergantung kepada usaha kita", hujahku.

        "Ooo...em, betul2. Saya setuju dgn awak".

        "Lagipun, kita sepatutnya...".

        Dush!!

        Aku terlihat seorang budak lelaki terhumban ke lantai setelah terdengar bunyi tumbukan yg kuat itu tadi.

        "Aku dah kate jgn main2 dgn aku. Aku pantang kalau org tipu aku. Kau apahal?!", suara itu kedengaran lantang sekali sehingga menjadi tumpuan org ramai di kantin sekolah itu.

        "Aku mintak maaf. Aku mintak maaf. Aku betul2 mintak maaf. Tolonglaa maafkan aku. Tolonglaa", pohon budak itu. Aku kenal budak itu. Namanya Izkandar manakala org yg menumbuknya tadi merupakan ketua buli no. 1 di sekolah kami, Harun. Ramai budak yg selalu menjadi mangsanya. Tapi kali ini kesnya berbeza. Kelihatan seperti dia sedang marah oleh kerana kesalahan Izkandar itu sendiri.

        "Yang kau pandai2 pergi curi 'handphone' aku apahal?! Kau fikir 'handphone' aku ni murah?!", tengking Harun lalu menarik kolar baju Izakandar dan di humbannya pula ke dinding.

        "Aku dah cakap aku mintak maafkan?!", Izkandar mula meninggikan suaranya. Barangkali marah kerana asyik dibelasah.

        "Menjawab!". Harun menggenggam tangannya lalu diberikan satu penumbuk yg amat padu tepat ke arah muka Izkandar. Aku mulai panik.

        "Harun!!!"


 Bersambung....

        

2 comments: