Melukis Impian

Melukis Impian Melakar Kejayaan Menembusi Imaginasi

Saturday, December 31, 2011

Assalamualaikum....:) bertemu kita dipagi ray...Eh salah pulak...bertemu kita di pagi 'new year' ni dengan senyuman di hati dan juga bibir...hmm...Hai korang!!Selamat Tahun Baru!!!Lamo dh x update blog nih...aku pasti korang msti terlebih amat sukenye paling sekali aduhainya pun gembira sebab x de lah lagi post2 aku yang mngacau korang tuh....kan?!

Btw, kwn aku yang selalunya teramat 'happy' paling sekali tuh sedang menghadapi krisis hubungan...Siapa? adelah...mne bole bagi tau...x surprise...-konon jer...haha...Sabri...sabar la yek...OMG...tertaip pulak....- boleh pulak cm tu...ngengs btullaa aku nih...



Besides, hari ni kan sudah bermulanya tahun 2012....hurm...korang kene ade azam baru!!tmbah2 kau Sabri...jgn lupa beli baju sek. , buku tuh...carik laa smpai lubang2 jamban sekali...-x senonoh btulla aku nih...hehe sori yek...

Apa2 pun...be happy this new year...not only new year my dears...aku nih tak leh lamer kt blog ni...karang mengamuk pulak my mom...sayang mama...:-)...untuk korang pulak...aku doakan yang terbaik buat korang mnghadapi ujian yang Allah S.W.T. beri sepanjang tahun 2012 nnt...berlindunglah dengan-Nya kawan2ku!!!

Thursday, December 8, 2011

Dan Bila Bertemu Ep 7


Cerita ini hanyalah rekaan saya semata- mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada pun hanya kebetulan jer...~hahaha~
adapun cuma cerita tentang hidup manusia biasa.
Kalau korang terlepas Dan Bila Bertemu Ep 6 klik sini

Footnote(hehe...) : Kalau lagu blog ni mengganggu korang...'pause'laa kat bahagian paling bawah kanan blog ni okay...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


        "Sarah...aku nak cakap dengan kau sekejap", kata Afril tegas, membuat aku tersentak. Elok- elok aku sedang berbual dengan rakan sekelas, tiba- tiba sahaja dia tegur. Tanpa beri salam pula tu. Aku menjadi pelik. Mana pergi 'saya' 'awak' yang selalu dia gunakan? Gaya Afril bercakap seperti ada sesuatu perkara yang penting. Akan tetapi, hatiku berbunga- bunga.

        "Apa halnya?", aku memulakan bicara sambil tersenyum manis.

        "Aku nak kau lupakan aku". Aku tersentak.

        "Apa maksud awak?", tanyaku menginginkan kepastian.

        "Aku dah dengar semuanya. Kau tak perlu tahu dari siapa. Straight to the point, aku tak nak kau menaruh harapan. Lupakan aku. Aku harap kau faham". Afril meninggalkan aku dalam keadaan terpinga- pinga. Bagaimana dia tahu? Setahu aku tak ada siapa yang tahu hal ni selain daripada aku dan Nurul. Tak mungkin Nurul yang lakukannya. Aku yakin bukan dia. Tapi siapa? Kenapa Afril menyuruhku melupakan dirinya? Aku bingung.

        Malam itu, aku tidak dapat tidur. Aku terlalu memikirkan hal ini. Ditambah pula ayah baru sahaja pergi. Pergi meninggalkan aku, ibu dan Ida. Hilang tempat kami bergantung rezeki. Bagaimana Ya Allah? Bagaimana harus aku dan ibu teruskan kehidupan ini tanpa ayah? Ida juga semakin membesar dan seterusnya akan bersekolah. Bantulah aku Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Fikiranku kembali memikirkan hal pagi tadi...siapa yang membocorkan rahsiaku kepada Afril? Yang paling membingungkan, kenapa Afril bertindak sedemikian rupa menyuruh aku melupakannya? Aku mengeluh. Malam itu juga aku menangis.

        AKU terbangun sewaktu azan subuh berkumandang. Aku menyegerakan ibadah pertama pada hari itu. Usai solat, aku mengambil tuala dan ke tandas untuk membersihkan diri. Tandas terletak tidak jauh dari bilik. Aku lihat ibu juga sedang keluar dari biliknya. Kebetulan, aku terlihat wajah sugul ibu. Pasti ibu sedih atas kehilangan ayah, orang yang amat disayanginya. Ibu juga melihat wajahku. Wajah yang penuh dengan masalah. Ku lihat ibu terkejut. Aku cuba melindungi wajahku dengan menundukkan kepala. Aku cepat- cepat lari dari keadaan itu setelahku berasa tidak selesa.

        Aku  tidak mengambil sarapan pada hari itu. Tidak berselera, kataku dalam hati. Selepas mandi, aku bersiap dan terus mengambil basikal di luar lalu ke sekolah tanpa sempat menyalami ibu. Aku juga tidak mahu. Aku berasa tidak selesa. Seperti ibu mengetahui masalah yang aku hadapi saat ini. Dalam fikiranku, aku mengandaikan bahawa ibu pasti menyangkakan masalahku ialah ayah. Memang, itu juga salah satu faktor yang membuatku sedih. Apakan daya, aku hanya hamba-Nya yang harus pasrah dengan ketentuan-Nya. Namun, hal tentang Afril turut menghimpit ruang otakku sehingga aku berasa bingung dan rimas. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Otakku masih belum menemui siapa yang memberitahu Afril tentang rahsiaku. Siapa yang tahu? tak mungkin Nurul. Dia teman baikku. Kadang- kadang kita tak boleh percaya sangat pada seseorang itu walaupun dia teman baik kita, hatiku berbicara. Tapi...

        Piiiin!

        Jeritan hon itu mencantas lamunanku. Aku memandang ke arah kereta yang melahirkan bunyi hon itu tadi. Ku lihat pemandunya sedang marah. "Hoi, tak nampak ke lampu hijau tu!?" Aku tersedar. Rupa- rupanya aku melintas sewaktu lampu hijau.Aku kini berada ditengah- tengah jalan. Aku cepat- cepat ke seberang. Kenapa dengan aku ni?!, aku bermonolog. Aku mengeluh.

        "PERCAYALAH, bukan saya".

        "Habis siapa? saya pelik, kalau bukan awak...siapa? setahu saya awak seorang sajalah yang tahu hal ni".

        "Itu tidak bermakna saya yang membocorkan rahsia awak. Kita ni kawan baik, Sarah. Saya dah janji dengan awak yang saya takkan bocorkan rahsia ni pada sesiapapun. Awak juga tahu saya bukanlah jenis orang yang melanggar janjinya".

        Aku bungkam. Kalau bukan Nurul...siapa?, soalku dalam hati sambil memandang kosong buku latihan Fizik di atas meja. Nurul yang menghadapku itu memandang mukaku di samping meminta supaya aku percaya dengan kata- katanya. Aku mengeluh.
     

  Bersambung....

Dan Bila Bertemu Ep 6


Cerita ini hanyalah rekaan saya semata- mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada pun hanya kebetulan jer...~hahaha~
adapun cuma cerita tentang hidup manusia biasa.
Kalau korang terlepas Dan Bila Bertemu Ep 5 klik sini

Footnote(hehe...) : Kalau lagu blog ni mengganggu korang...'pause'laa kat bahagian paling bawah kanan blog ni okay...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


             "Mama sudahlah tu!Marilah kita makan dulu. Nanti sejuk pula lauk makan malam kita. Abang dah kata kalau dia lapar, dia akan turun. Mama tak perlulah risau", panggil Shaqina.

        "Baiklah nanti mama turun", jawabku. Aku memandang pintu bilik anak lelakiku itu. Apa yang Shahrin sembunyikan sebenarnya? Apa mungkin Shahrin sedang menghadapi masalah di sekolah? Tambahan pula, dia akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Atau, dia mempunyai masalah hubungan? Entahlah, tapi apa yang pasti, aku yakin masalah itu tidaklah besar. Aku juga yakin bahawa satu- satunya anak lelakiku itu dapat menyelesaikan masalah itu sendirian. Sebabnya ialah dia mewarisi sikap Shahril yang pandai berdikari dan tidak mudah berputus- asa. Aku mula terasa sebak. Sekurang- kurangnya ada juga peniggalan suamiku yang dapat membuatkan aku mengingatinya. Itulah peninggalan yang amat berharga iaitu anak- anak. Airmataku bergenangan.

        “Mama! ”, kedua- dua anakku memanggil. Aku segera menyeka airmata yang baru berlinangan di pipi.

        “Ya, sabar. Mama turun ni”. Tak sabar sungguh mereka ni. Aku menggeleng sambil tersenyum.

        Sesudah makan, Shila dan Shaqina membantuku mengemas meja. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kedua- kedua anak perempuanku ini sangat ringan tulang. Suka membantu walaupun tidak dipinta. Alhamdulillah. Teringat pula pesan ibu, “anak dara mesti ringan tulang, kalau tak semua kerja dalam rumah ni tak menjadi. Tunggang- langgang jadinya. Tambah- tambah kalau kamu dah bersuami”. Aku tersenyum mengingatkan kata- kata ibu itu. Memang betul kata ibu. Kalau orang perempuan tidak membantu suami menguruskan rumah tangga. Alamatnya tunggang- langganglah rumah tangga itu.

        Pinggan dan mangkuk yang kotor aku cuci. Lalu, aku meletakkan biji- biji pinggan dan mangkuk itu di tempatnya. Tiba- tiba, suara Shila memeranjatkanku.

        “Mama, mama rasa uncle Afril masih ada lagi ke?”, soalnya lalu meletakkan pinggan mangkuk yang kotor yang diambil dari meja.

        Aku menarik nafas dan menghembus. Rasa terkejut masih lagi bersisa. Ku tarik nafas dan menghembus sekali lagi. Afril. Masih hidupkah dia? Agaknya kalau dia masih hidup, di manakah dia sekarang? Aaaah! buat apa memikirkan dia lagi? Tak ingat ke apa yang dia dah buat pada kau?! Dia hina kau! Halau kau dari hidup dia! Disebabkan dia hidup kau merana sampai bertahun- tahun!, bentak jiwaku.

        “Ma?”

        “Hmm?”

        “Kenapa? Shila tengok mama diam aje. Kalau mama ada masalah, beritahulah Shila. Mungkin Shila boleh bantu”, ujar Shila menawarkan pertolongan.

        “Mama okay…cuma mama mungkin penat dengan kerja…”, jawabku.

        Shila memandangku dengan penuh simpati. “Mama pergilah depan…biar Shila yang bereskan kerja tu”.

        “Terima kasih”, aku menjawab sepatah.

        “Sama- sama”, jawab Shila penuh kasih.

        Aku ke depan. Aku mencari bayang Shaqina di meja makan. Namun, dia tiada di situ. Aku pergi ke ruang tamu. Lalu, aku tersenyum. Aku lihat Shaqina sedang menonton tv. Aku kemudiannya mengambil tempat di sebelahnya. Shaqina menunjukkan wajah bosannya. Dia menongkat dagunya di tangan sofa. Saluran tv3 malam ini memaparkan drama melayu dalam slot cerekarama. Aku tidak tahu tajuknya. Malas mahu ambil tahu. Mungkin kerana aku juga bosan dengan paparan drama minggu ini. Shila duduk di lantai lalu meletakkan kepalanya di atas pehaku sebaik sahaja dia membereskan kerja- kerja di dapur. Nak bermanjalah tu. Aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.

        “Em…mama…sambunglah cerita tadi. Mama dah janji nak cerita tapi tak cerita- cerita lagi”.

        “Oh ya! Ina pun lupa pasal hal tu. Iyalah ma…ceritalah”. Shaqina memandangku. Begitu juga Shila. Senyumanku semakin lebar. “Okay”, jawabku.

             “Tadi mama cakap yang mama ayik teringatkan ‘dia’ ajekan?”. Mereka berdua mengangguk. “Sejurus selepas itu, ayah mama meninggal, tok wan kamulah. Malang bagi mama pada waktu tu. Bagaikan jatuh dihempap tangga sebab ‘dia’ yang mama maksudkan tadi dapat tahu bahawa mama sukakannya. Lalu…”. Tiba- tiba sahaja aku berhenti. Aku terkenangkan waktu itu…

        “Lalu apa ma?”, Shila menyoal.

Tuesday, December 6, 2011

Dan Bila Bertemu Ep5


Cerita ini hanyalah rekaan saya semata- mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada pun hanya kebetulan jer...~hahaha~
adapun cuma cerita tentang hidup manusia biasa.
Kalau korang terlepas Dan Bila Bertemu Ep 4 klik sini

Footnote(hehe...) : Kalau lagu blog ni mengganggu korang...'pause'laa kat bahagian paling bawah kanan blog ni okay...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

        "Ya Allah, Ya Ghoffar, ampunilah aku hamba- Mu ini. Dosa-dosa yang telah aku lakukan. Aku mohon Ya Allah, aku mohon agar diriku tidak menjadi Ahli Neraka-Mu. Aku tidak mahu menderhakai-Mu. Ampuni aku Ya Ghoffar, ampuni aku...Ya Allah, Ya Rahim, suamiku telah pergi menghadap-Mu. Aku tahu bahawa Engkau menyayanginya. Dan, apa yang aku mampu lakukan hanyalah berdoa agar rohnya dicucuri rahmat-Mu. Lindungilah suamiku Ya Allah... segala puji bagi- Mu Tuhan seluruh alam yang menciptakan umat manusia di muka Bumi ini, kuatkanlah imanku, lindungilah anak- anakku. Tuntunilah kami ke jalan yang Engkau redhai...Ya Mujib, ajbdu'aana, sahutlah doaku Ya Tuhanku. Amin YaRobbal'alamin". Tidak terasa airmataku jatuh melakar pipi bersihku. Aku menanggalkan telekung lalu meletakkannya di kaki katil bersama- sama dengan sejadah.

        "Mama, jom makan", ujar Shila.

        Aku memandangnya lalu mengukirkan senyuman. "Baiklah, jom"

        Aku dan Shila berjalan menuruni tangga. Shila membuntutiku. Aku lihat Shaqina sudahpun menghidangkan
lauk untuk makan malam kami. Aku naik hairan. Siapa yang masak?, detik hatiku. "Err...siapa yang masak semua ni?", ku lontarkan jua isi hatiku.

        "Kak Shila", jawab Shaqina sambil tersenyum.

        "Shila?!betul ni?", aku menyoal.

        "Iya, kenapa? tak boleh ke?"

        "Boleh. Siapa kata tak boleh? tapi kenapa tiba- tiba aje Shila masak ni?", aku menyoal lagi sambil membasuh tangan.

        "Saja. Lagipun pagi tadi Shila terlupa nak tolong mama siapkan sarapan. Jadi, Shila nak bayar balik kesalahan yang Shila dah buat", katanya. Aku tersenyum sewaktu dia meluahkan niat murninya itu.

        "Baik anak mama".

        "Anak mama yang lagi satu ni?", rajuk Shaqina.

        "Anak- anak mama semuanya baik, bijak, pandai jaga hati orang tua. Apa lagi Ina nak mama kata?"

        "Tu terlebih puji, mama ni", kembang hidung Shaqina. Shila masih lagi tersenyum sepertiku. Aku rasa bahagia saat ini. Alangkah lebih bahagianya aku jika Shahril ada bersama kami. Senyumku diulit rasa sebak.

        "Abang Shah kamu mana? tak turun- turun dari tadi?", aku menyoal Shila dan Shaqina setelah sedar akan ketiadaan anakku yang kedua itu. Shaqina mengangkat bahu manakala Shila pula menggeleng- geleng tidak tahu. Lalu, aku menyuruh Shaqina memanggil Shahrin turun. Dia naik dan turun dengan muka yang masam. Aku menyoalnya "kenapa?". Dia menjawab "abang Shah tak mahu makan. Dia kata nanti kalau dia lapar baru dia turun".

        Fikiranku menjadi sarat dengan tanda soal. Pelik. Shahrin tidak pernah menolak untuk makan malam. Paling tidak pun, dia makan sedikit dan terus naik ke tingkat atas. Membiarkan pinggan itu berbaki lauk- pauk yang diambil. Aku bangun dari kerusi lalu berjalan ke tangga dan berhenti di hadapan anak- anak tangga sambil memanggilnya. Malangnya tiada sahutan dari atas. Aku menjadi risau. Aku memijak anak- anak tangga itu satu per satu sehingga ke atas lalu aku ke biliknya. Aku ketuk berkali- kali. Namun, suasana masih sepi. Keadaan Shahrin betul- betul membuatkan aku risau.

        "Shah, apa hal ni? kenapa diam aje ni?!", aku menyoal lagi tapi kali ini bunyinya lebih panik. Kalau keadaan masih sunyi seperti tadi, aku akan mengambil kunci. Fikiranku mula dipengaruhi perkara- perkara negatif. Takut keadaan menjadi tidak elok.

        "Tak ada apa- apa", jawab anak keduaku. Jawapan itu sayup- sayup kedengaran dari dalam. Dia seperti sedang... . Tak mungkin, bisikku dalam hati.

        "Shahrin, anak mama, kenapa tak mahu makan sayang? marilah turun", ajakku. Perasaanku kali ini beransur lega setelah mendengar jawapan dari dalam bilik itu. “Kalau Shah lapar nanti Shah turun”.

        "Mama sudahlah tu!Marilah kita makan dulu. Nanti sejuk pula lauk makan malam kita. Abang dah kata kalau dia lapar, dia akan turun. Mama tak perlulah risau", panggil Shaqina.

        "Baiklah nanti mama turun", jawabku. Aku memandang pintu bilik anak lelakiku itu. Apa yang Shahrin sembunyikan sebenarnya?

Monday, December 5, 2011

Dan Bila Bertemu Ep4


Cerita ini hanyalah rekaan saya semata- mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada pun hanya kebetulan jer...~hahaha~
adapun cuma cerita tentang hidup manusia biasa.
Kalau korang terlepas Dan Bila Bertemu Ep 3 klik sini

Footnote(hehe...) : Kalau lagu blog ni mengganggu korang...'pause'laa kat bahagian paling bawah kanan blog ni okay...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


          "Menjawab!". Harun menggenggam tangannya lalu diberikan satu penumbuk yg amat padu tepat ke arah muka Izkandar. Aku mulai panik.

        "Harun!!!"

        Mataku tertumpu ke arah seorang lelaki yg aku kenali. Wajah itu...'Afril?apa dia buat dkt sini?!', aku bermonolog.

        "Harun, die dah mintak maaf kan?apa lagi yg kau tak puas?", suara garau tapi menambat hati itu menusuk ke telingaku. Tiba2 aku berasa selamat walaupun bukan aku yg dibelasah Harun.

        "Die dah curi 'handphone' aku...aku takkan biarkan die terlepas!", Harun menengking.

        "Habis, kau nak buat ape? nak belasah die sampai mati?!", Afril bersuara dgn nada yg sama.

        "Kau jgn cabar aku Ril...karang kau yg aku belasah sampai mati".

        Aku jadi takut dgn kata2 Harun. Belasah sampai mati?. Tertelan air liur aku dibuatnya. Aku lihat Afril tenang sahaja. Dia mendekati Harun. Lalu merapatkan mukanya ke muka Harun. Matanya yg selalunya redup itu bertukar garang. Mata itu menentang mata Harun. "Aku tak takut", jawabnya membuatkan Harun gelabah seketika. Aku kagum dgn Afril. Walau apa jua cabaran yg mendatang, dia tetap tenang menghadapinya. Mukaku merona merah tanpa aku sedari. Aku menjatuhkan pandanganku agar tiada yg perasan.

        "Ni Apesal ni?", soal Cikgu Khairos, guru disiplin di sekolah kami. Barangkali baru selesai makan tengahari. Aku membuat andaian.

        "Tak ada apa2 ckg", jawab Afril. Matanya masih menatap tajam mata Harun. sesaat kemudian barulah dia beredar dari situ. Keadaan yg tadinya sunyi kini mula kedengaran suara para pelajar menjalankan aktiviti mereka selepas waktu persekolahan. Namun, aku tetap kaku melihat Afril yg sudah ditelan keramaian org.

        "Sarah, jom kita balik", ajak Nurul. Aku membuntutinya.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


        Nurul menemaniku sehingga setengah jalan. Kemudian dia pulang ke rumahnya manakala aku pula masih meneruskan perjalanan pulang. Awan masih tidak muncul padahal aku sudah lenjun dek bermandikan peluh. Seminit kemudian, aku tiba di perkarangan rumah. Aku memberi salam kepada ibu namun salamku dibiar sepi. Mungkin ibu ke rumah Mak Mah. Adik?pastinya dia juga berada di sana. Aku masuk dan menutup pintu. Lalu, aku menyelak tudung saji. "Wah...!ikan kembong masak asam pedas", kecur liur dibuatnya. Memang sudah lama ibu tidak memasakkan masakan kegemaran aku.

        Aku mengambil pinggan, membaca doa lalu makan sesudah membasuh tangan. Usai makan, aku  membersihkan diri dan solat zuhur. Hari ini tiada kerja sekolah yg diberikan oleh ckg. Aku hanya duduk di atas katil dan berehat. Fikiranku terbayangkan Afril secara tiba2. Wajah Afril yg kacak, putih, bersih dan comel itu menerawang dalam fikiranku. Matanya yg redup. Senyumannya yg menggoda hati setiap perempuan yg melihatnya. hmm... .

        Tapi, aku rasa seperti tidak layak kalau nak dibandingkan dgnnya. Lihat saja aku yg muka biasa2 aje ni. Kulit pun tak seputih kulitnya. Tambahan pula, aku dgr dia sudah ada teman wanita. Siapa ya?hmm...kempunan aku. Dgrnya teman wanitanya baik, sopan, cantik dan memiliki segala sifat keperempuanan. Itu yg aku dgr. Itu pun dari kwn2 sekelasku. Baik lelaki mahupun perempuan, sama aje. Semua org di dalam kelas bercerita tentang org yg same. Kata mereka lagi, identiti perempuan itu masih lagi misteri. Aaaaaah... buat apa fikir2kan perkara yg takkan dapat.

        Aku memandang ke luar tingkap. Mataku tertumpu pada burung pipit yg hinggap di atas dahan pokok di luar rumah. Burung itu keseorangan tanpa teman. Aku berpaling semula memandang ke siling rumah. Aku mengeluh.

        "Jadi mcm tulah, tiap2 hari asyik teringatkan 'dia' aje. Tak ade org lain. Mase tu papa belum hadir dlm hidup mama lg", jelasku.

        "Lepas tu?apa jadi? takkan mcm tu je", soal Shaqina laju. Anak aku yg satu ni, tak padan dgn kecik. Aku hanya dpt menggeleng sambil tersenyum.

        "Nanti, lpas solat dan makan...baru mama cerita lagi. Dah nak masuk waktu maghrib dah. Kite solat ya?", ajakku.

        "Okay", Shila dan Shaqina menjawab serentak.


 Bersambung....

Saturday, December 3, 2011

Melaka Vacation- With Family...30 Nov~2 Dec '11

Assalamualaikum...:) korangs...ape khabak?? saje je tnye...harap2 korang sihat dibawah lindungan Allah S.W.T. ...well, hari tu my family and semua kaum kerabat termasuklaa mkcik, pkcik, sepupu sepapat, atuk and nenek ade buat family vacation...kitorang buat nih sempena nak merapatkan hubungan silaturrahim dan tolongturrahim kitorang sebagai satu keluarga...

Tapi, malangnye abg aku tak boleh ikut kitorang...dia kene dok kat U...mmg rugi laa...kesian...apa2 pun, aku nak crita pasal vacation ni...so bacelah smpai sakit mate ok....

Tanggal 30 haribulan Nov '11 yg indah lg sejahtera- (hahax merepek je...)my family buat cuti2 malaysia ke melaka...kitorang dh rancang percutian ni dari pertengahan tahun lg. Pok su aku, Nurazam Shamsuddin- ceh sebut name lagi...pun carilaa homestay kt area2 situ....nama homestay tu ialah Su Ri homestay...cantik tak name die??

Pagi 30 haribulan tu, aku naik kereta mok su...sama2 dgn adik aku...reason??sbab mak and ayah aku pegi lmbat skit...katenye ayah aku ade hal...so, ikut je laa mok su kami...3 buah kereta terus meluncur laju membelah jalanraya menuju ke melaka- haha dh mcm karangan b.m. pulak dh...satu kereta pak ngah, satu lg kereta pok su, and satu lg kereta moksu...perjalanan ke melaka mengambil mase lebih kurang 2 jam setengah...kot..haha aku mana ambik tau...sbab aku dok kt blakang tido...haha

Perjalanan pun tak jauh sgt, so lbih kurang sebelum zohor kitorang masuk ke daerah Melaka...bandaraya bersejarah tu...mase terbuang sampai lpas zohor sebabkan nak cari restoran untuk santapan tengahari...mase tu
my Mom and Dad pun dh ada sekali...

Lpas tu, kitorang makan kat sebuah restoran melayu tak lama kemudian...aku?? aku makan nasi lauk daging masak asam pedas and sambal belacan...dan jugak beberapa batang ulam...sdap sehingga menjilat kaki dan kuku2 kaki sekali tau!! nak??!! pegilah melaka and carilah sendiri....haha- (jhtnya aku...muahahaha)

Then, kitorang pun cari location homestay yg akan kitorang duduk nnt...nih ada a few pic yg di'kachak'kan utk korangz...:)


Ni Ibu kesayangan aku...yg pakai tudung biru kehijauan tuh...cantik tak??
tak payah jawab...aku tau cantik...


Lpas tuh, petang tuh, me and my cousins and my sis...pegi mandi dkt 'private' swimming pool dkt tepi rumah...private tuu...haha- jgn jelezzss...


nih gambar 'private' swimming pool yg kitorang mandi...tak nak tunjuk lebih2 nnt tergoda tengok gmbar yg tak spatutnya ada kt situ...haha- (padahal tak nak org tgk gmbar die...) lpas tu, mk ngah, nenek, adk aku and my cousins pegi pantai belakang homestay tu sementara aku bersama2 dgn mak dan ayah aku berkaraoke kt dlm rumah- hik hik hik...





Besok nya...1 Dec '11, kitorang memulakan vacation melaka ni dgn pegi melawat masjid selat melaka...






Then, kitorang melawat Menara Taming Sari, Pahlawan Walk Market, and lastly pergi ke Melaka Parade...aku tak nak tnjuk banyak2 gmbar...nanti korang pulak yg sakit mate melihat gambar2 aku yg terlebih hensem nih...

All in all, alhamdulillah...kami mmg happy sebab dpt bersama2 beriadah di samping menjalinkan hubungan silaturrahim antara keluarga...insyaAllah, kalau ada rezeki lagi, pegi lg taun dpan...Amin...