Melukis Impian

Melukis Impian Melakar Kejayaan Menembusi Imaginasi

Thursday, November 22, 2012

Contoh karangan : Peranan- peranan yang dapat anda sumbangkan untuk membantu pihak sekolah dalam membanteras salah laku disiplin rakan- rakan di sekolah anda.


Hai guys! Akip hari ni ade benda nak share dgn korang...so siapa yang kebuntuan idea nak buat karangan tu...harap- harap dapatlah membantu...insyaa Allah...
Biar Akip cerita sikit pasal karangan ni...sebenarnya karangan ni adalah hasil daripada kerahan otak Akip waktu exam Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)...mungkin ada sikit kekurangan tapi tak ada manusia yang sempurna...kan?
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


                Dewasa kini, isu salah laku disiplin bukan sahaja sering menjadi buah mulut orang ramai malah sudah menjadi isu basi yang meniti daripada mulut ke mulut jagatraya ini. Statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 53 peratus remaja Malaysia mengalami kebejatan moral yang kritikal dan kerap kali menyumbang kepada peratus salah laku yang kian meningkat dari hari ke hari. Kesedaran tentang peranan- peranan penting yang harus mereka galas di pundak mereka seperti tidak mendapat tempat dalam sanubari mereka. Remaja sekolah kini masih leka dengan fantasi dunia sehingga tidak mengamalkan moral- moral yang baik dan sukar untuk berdisiplin. Justeru, sebagai seorang murid atau remaja sekolah, terdapat beberapa peranan yang dapat saya sumbangkan untuk membantu pihak sekolah dalam membanteras salah laku disiplin rakan- rakan di sekolah saya.

                Pengawas sekolah berfungsi untuk membantu pihak sekolah serta guru- guru dalam memastikan sekolah sentiasa dalam keadaan yang terkawal. Pengawas sekolah ini dilantik oleh guru- guru dalam kalangan pelajar yang berdedikasi dan bertanggungjawab. Namun, saat ini, terdapat segelintir pengawas sekolah yang bangga akan pangkat seterusnya menjadi malas untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Oleh itu, peranan pertama yang mampu saya mainkan ialah menjadi pengawas yang berkaliber serta tidak bangga akan pangkat saya. Dengan cara ini, saya dapat membantu pihak sekolah mengurangkan salah laku disiplin. Contohnya, jika terdapat pelajar yang membuli, saya boleh menulis nama mereka dan melaporkannya kepada pihak pentadbir agar tindakan yang setimpal dapat diambil. Hal ini mampu mengurangkan bilangan kes salah laku sekolah.

                Selain itu, antara peranan yang boleh saya sumbang terhadap pihak sekolah dalam kes salah laku disiplin ialah membawa pengaruh yang positif kepada rakan sekolah saya yang tersasar ini. Menurut kata Dr. Ary Ginanjar Agustian, seorang motivator yang berasal dari Indonesia dalam salah satu programnya, “salah satu faktor menjadi ketua dan menghapuskan yang bathil ialah seseorang itu haruslah berpengaruh”. Berdasarkan ungkapan beliau saya menjadi yakin bahawa membawa pengaruh positif kepada rakan pelajar saya yang nakal itu akan dapat mendorongnya tidak lagi melakukan kesalahan disiplin. Walaupun bukan mudah untuk melaksanakan usaha tersebut, namun sehari selembar benang lama- lama menjadi kain.

                Di samping itu, saya juga dapat menurunkan bilangan kes salah laku disiplin dengan menasihati mereka. Setelah menjadi pengawas sekolah yang berkaliber dan bertanggungjawab serta berpengaruh, mendekatkan diri dan menasihati mereka yang kebejatan moral menjadi lebih mudah. Menurut hadis Rasulullah S.A.W. , “nasihat- menasihati akan menjadi kurang pada akhir zaman”. Jadi, saya ingin menegakkan yang hak dan menghapuskan yang bathil melalui peranan menasihati ini. Sebagai contoh, apabila terdapat yang membuang sampah merata- rata dalam kawasan sekolah, saya akan menasihati mereka dengan berkata bahawa mereka telah memburukkan imej sekolah serta diri mereka sendiri. Tegasnya, dengan menasihati mereka, aktiviti salah laku disiplin dapat dikurangkan.

                Bukan itu sahaja, saya dengan bantuan guru kaunselor akan membantu mereka menjadi baik. Segelintir pelajar melakukan kesalahan disiplin adalah berpunca daripada permasalahan keluarga, permasalahan hubungan dan lain- lain. Hal- hal sedemikian telah memberi tekanan kepada mereka dan akhirnya melakukan kesalahan disiplin dan melanggar peraturan sekolah dek mahu mencari keseronokan. Justeru, saya bersama- sama guru kaunselor dapat menawarkan diri untuk membantu mereka berbekalkan simpati yang mengusik sanubari. Memberi kaunseling kepada mereka merupakan contoh yang terbaik demi membantu mereka keluar dari gelombang hedonisme yang akhirnya menyebabkan kes salah laku meningkat.

                Akhir sekali, saya akan berbincang dengan para pentadbir sekolah agar undang- undang sekolah diperketat dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Undang- undang yang luwes dan tidak dikuatkuasakan sepenuhnya tidak akan dapat mengurangkan kesalahan disiplin pelajar, malah ia hanya menyumbang kepada peratusan salah laku pelajar yang meningkat naik kini. Sekolah yang terbilang diukur pada undang- undangnya yang ketat. Tamsilannya, pelajar yang melakukan kesalahan berat seperti membuli haruslah dikenakan tindakan buang sekolah. Jadi, pada pendapat saya kaedah perdana ini mampu mengurangkan salah laku pelajar.

                Deduksinya, kesemua peranan yang dapat saya sumbangkan untuk membantu pihak sekolah dalam menangani kes salah laku disiplin pelajar sekolah saya tersebut mampu menjadikan sekolah- sekolah di Malaysia menjadi terbilang. Semua pihak hendaklah bahu- membahu agar masalah ini dapat kita bendung bersama supaya aspirasi negara dan harapan pemimpin untuk mengejar kemajuan dan ketamadunan negara tidaklah sekadar angan- angan Mat Jenin.
                                                                                                                                                             (659 patah perkataan)

10 comments:

  1. MCM MNE NAK BUAT KARANGAN YG BRTAJUK KENAPA KAMU INGIN MENJADI PENGAWAS SEKOLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, saya tidak mahu menjadi pengawas tetapi para guru memaksa saya kerana nilai kepimpinan saya yang yang tinggi dan mempunyai rupa yang yang kacak. Huhuhuhuhu

      Delete
  2. barangkali kita harus meletakkan diri kita dalam situasi -terlalu ramai pengawas dalam sekolah kita-...apa fungsi sebenar kita sebagai pengawas?

    ReplyDelete
  3. Macam mane nak buat kalau dia tnya peranan anda memupuk budaya penyayang

    ReplyDelete
  4. Pertama skali, pastikan pendahuluan anda disertakan dgn masalah yg berlaku pada masa ini. Huraikan masalah tersebut dalam satu ayat. Kemudian, berikan Ayat Contoh atau Ayat Bukti utk membuktikan masalah yg anda sertakan awal tadi. Lepas tu, berikan Ayat Kesan, Ayat Ramalan dan akhir sekali Ayat Arah.
    Spt situasi anda, masalah:kurangnya budaya penyayang. Berikan Faktor/Punca masalah itu cth: masalah kurangnya budaya penyayang yg berpunca drpd pengaruh2 barat. Huraikan ayat tersebut dlm satu ayat. Kemudian beri ayat Contoh atau Ayat Bukti utk buktikan masalah tu...Bagi Ayat Kesan, Ayat Ramal dan Ayat Arah, pastikan ayat anda berbau matang agar pendahuluan anda mantap...utk perenggan seterusnya, gunekan formula:
    Ayat Isi
    Ayat Huraian
    Ayat Contoh
    Ayat Kesan
    Ayat Ramal
    Ayat Penegasan

    Insyaa Allah karangan anda akan menjadi matang dan seimbang...

    ReplyDelete
  5. mcm mne plak kalo di mntk..BUDAYA PENYANG DI SEKOLAH..
    peranan pelajar..peranan guru..peranan ibu bapa

    ReplyDelete
  6. kenapa pelajar yang dah cukup syarat nak jadi pengawas tapi tak dilantik ?

    ReplyDelete