Melukis Impian

Melukis Impian Melakar Kejayaan Menembusi Imaginasi

Tuesday, November 29, 2011

Dan Bila Bertemu Ep 3


Cerita ini hanyalah rekaan saya semata- mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada pun hanya kebetulan jer...~hahaha~
adapun cuma cerita tentang hidup manusia biasa.
Kalau korang terlepas Dan Bila Bertemu Ep 2 klik sini

Footnote(hehe...) : Kalau lagu blog ni mengganggu korang...'pause'laa kat bahagian paling bawah kanan blog ni okay...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


        'Kriiiiiiing!!!'

        Suara jam loceng milikku menjerit diminta untuk dimatikan. Aku bangun lalu mematikan jam loceng tersebut. Mataku masih mahu melabuhkan tirai. Namun, aku tetap harus bangun dan bersiap untuk solat subuh lalu ke sekolah. Tambahan pula, hari ini merupakan hari pertama sekolah setelah dua bulan setengah bercuti. Rindu pula dgn suasana persekolahan dan juga mahu berjumpa dgn Si Dia. hehe...

        Aku bergegas bangkit dari katil dan menuju ke bilik air. Mandi pada pagi hari ini terasa amat menyegarkan. Bukan pada pagi hari lain tak menyegarkan cuma, hari ini terasa sungguh berbeza. Bagaikan ada suatu semangat yg baru. Sukar untuk ditafsirkan. Mungkin semangat untuk....

        Selesai solat Subuh, aku ke dapur. Aku lihat ibu sedang sibuk dgn kerja hariannya yg sudah menjadi rutin setiap harinya iaitu memasak pada setiap pagi. Malah, aku sendiri juga sudah mampu meneka menu ibu pagi ini. Aku lihat hidangan di atas meja kayu yg diperbuat daripada kayu jati buatan tempatan itu. Memang sangkaanku
tepat. Bubur Ayam campur Ikan Bilis Goreng menjadi sarapan kami empat beranak. Aku, Ibu, Abah dan adik kecilku, Syahida.

        Perbezaan umur antara aku dgn Syahida amat ketara. Dia lahir sewaktu aku berumur 14 tahun. Dan kini, aku sudah 17 tahun. Bermakna Syahida sedang dlm meniti usia mengenal dunia. Namun, sekurang- kurangnya aku dpt merasa menjadi searang kakak.

        Tiba2, suara tangisan seorang bayi singgah ditelingaku. Ibu segera meninggalkan dapur setelah habis menggoreng ikan bilis lalu menuju ke biliknya untuk melihat keadaan Syahida. Aku hanya memandang ibu dgn hanya sekilas pandang kemudian aku menarik kerusi dan duduk. Ibu keluar sambil mengendong adik kecilku lalu menuju ke meja makan.

        "Makan cepat sikit. Karang kamu lambat", ujar ibu.

        Aku terasa ada sesuatu yg tak kena. "Assalamualaikum, selamat pagi ibu", aku bersuara sambil tersenyum.

        "Wa'alaikummussalam...", ibu juga tersenyum.

        Tiada suara yg kami lontarkan semasa makan. Abah terus makan setelah duduk di sebelah ibu. Ibu pula sibuk menyuapkan makanan ke mulut Syahida.

        Usai makan, aku bergegas keluar rumah sambil menyandang beg. Kasut putih baru yg dibeli abah sebagai hadiah hari jadiku aku sarung. Aku mengambil basikal dan berkayuh sehingga ke sekolah. Perjalanan dari rumah ke sekolah cuma 700 meter. Setelah tiba, aku cepat2 mengunci basikal lalu menuju ke bilik darjah. Loceng akan berbunyi pada bila2 masa sahaja lagi.

        Tiba2, aku terlanggar seseorang. Menurutku, org itu seorang lelaki yg amat aku kenali. Dia merupakan seorang pelajar lelaki yg aku puja2 dan selalu membuatku tergila- gilakannya. Ya, benar. Dialah Si Dia yg aku rindu setelah tidak melihat mukanya selama dua bulan setengah. Rupa2nya dia jugalah yg membuat aku bersemangat datang ke sekolah hari ini.

        "Opps...maaf". Perkataan itu terpacul keluar dari mulut Afril Haikal. Aku cuma tersenyum malu. Mana tidaknya, terlanggar dgn lelaki. Tiada kata yg aku lontarkan. Mukaku ketika itu seperti melanggar org sehingga cedera parah saja.

        "Sorry ya, saya tak sengaja. Tengah gegas. Takut masuk lambat ke kelas", ujarnya.

        "Tak pe", aku menjawab sepatah.

        Afril berlalu meninggalkan aku di situ. Di koridor kelas. Aku kemudiannya berasa kesal. Kenapa aku malu apabila berjumpa dgn Afril?bila jumpa tak tahu nak cakap apa, padahal Afrillah yg aku nak jumpa. Hatiku berbisik keras. Aku melewati kelas Afril iaitu kelas 6 Pintar. Aku cuma pandang sekilas wajah pujaan hatiku itu sebelum masuk ke kelas. Kata org ambil semangat...

        Kelas hari ini tidak banyak pengisian. Masa yg digunakan kebanyakannya hanya untuk melantik ketua kelas, penolong dan ajk2 yg lain. Proses Pengajaran Dan Pembelajaran atau PnP dijalankan selepas rehat. Antara subjek2 yg di ajar hari ini ialah Kimia dan Matematik. Alhamdulillah, tunjuk ajar drpd Cikgu Daud dan Cikgu Halimah amat mudah untuk difahami.

        "Hoi Sarah!!". Aku tersentak. "Ape bende yg awak fikirkan tu? sampai tak dengar saya bercakap", bebel Nurul, teman baikku.

        "Sorry, tak perasan. Emm...ape yg awak cakap tadi?".

        "Awak ni! malaslaa nak layan awak", rajuknya. Alahai kawan baik aku ni, merajuk pulak.

        :Sorrylaa, saya cuma fikirkan pasal tahun ni".

        "Tahun ni?maksud awak?", soal Nurul.

        "Iyelaa. Tahun nikan kite nak ambil SPM. Mestilaa fikir mcm2. Mcm mne nak berjaya, itu bergantung kepada usaha kita", hujahku.

        "Ooo...em, betul2. Saya setuju dgn awak".

        "Lagipun, kita sepatutnya...".

        Dush!!

        Aku terlihat seorang budak lelaki terhumban ke lantai setelah terdengar bunyi tumbukan yg kuat itu tadi.

        "Aku dah kate jgn main2 dgn aku. Aku pantang kalau org tipu aku. Kau apahal?!", suara itu kedengaran lantang sekali sehingga menjadi tumpuan org ramai di kantin sekolah itu.

        "Aku mintak maaf. Aku mintak maaf. Aku betul2 mintak maaf. Tolonglaa maafkan aku. Tolonglaa", pohon budak itu. Aku kenal budak itu. Namanya Izkandar manakala org yg menumbuknya tadi merupakan ketua buli no. 1 di sekolah kami, Harun. Ramai budak yg selalu menjadi mangsanya. Tapi kali ini kesnya berbeza. Kelihatan seperti dia sedang marah oleh kerana kesalahan Izkandar itu sendiri.

        "Yang kau pandai2 pergi curi 'handphone' aku apahal?! Kau fikir 'handphone' aku ni murah?!", tengking Harun lalu menarik kolar baju Izakandar dan di humbannya pula ke dinding.

        "Aku dah cakap aku mintak maafkan?!", Izkandar mula meninggikan suaranya. Barangkali marah kerana asyik dibelasah.

        "Menjawab!". Harun menggenggam tangannya lalu diberikan satu penumbuk yg amat padu tepat ke arah muka Izkandar. Aku mulai panik.

        "Harun!!!"


 Bersambung....

        

Dan Bila Bertemu Ep2


Cerita ini hanyalah rekaan saya semata- mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada pun hanya kebetulan jer...~hahaha~
adapun cuma cerita tentang hidup manusia biasa.
Kalau korang terlepas Dan Bila Bertemu Ep 1, Klik sini

Footnote(hehe...) : Kalau lagu blog ni mengganggu korang...'pause'laa kat bahagian paling bawah kanan blog ni okay...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


        "Nama dia Haiman Islam...cantik x nama dia??"

        "Cantik...pandai anak mama pilih calon menantu untuk mama", selorohku.

        "Mama..!Shila tak fikir sampai ke situ lagi. Mama nih...", rajuk Shila.

        Aku tersenyum. Kadangkala anak2 mudah membuat kita gembira dgn keletah2 mereka. Aku membuat rumusan sendiri. "Mama tak kesah kalau Shila nak bercintan- cintan ni. Cuma, mama harap agar Shila tak terlalu asyik bercinta smpai gadai segala- galanya. Harta, jiwa dan nyawa. Lagi satu, mama harap, teman Shila tu baik, sopan, tau hormat org tua. Dan yg paling penting skali, pegangan agamanya. Faham?", aku memberi nasihat kepadanya. Aku cuma mahukan yg terbaik buat anak2ku. Namun begitu, aku yakin nasihat semata- mata tanpa tindakan yg sepatutnya takkan memberi pulangan yg positif.

        "Shila faham. Shila dgn Haiman masih lg saling mengenali hati budi masing2. Shila pun mngharapkan yg sama dari dia".

        "Mama yakin anak mama ni bijak buat keputusan sendiri. Berfikir secara rasional, bukan ikut kate hati", tambahku.

        "Kalau Ina kan, Ina nak calon suami yg mcm papa. 'Caring', 'loving', pegangan agama yg kuat. hmm...susah nak cari spesis mcm papa. Org inggeris kata 'One In A Million' tau", Shaqina bersuara setelah sedar dirinya 'tiada' dalam perbualan kami.

        "Em..Shila nak tanya...mcm mana mama boleh betul2 yakin yg papa tu untuk mama?", soal Shila.

        "Maksud Shila?"

        "Iye laa...mcm mne mama yakin yg cinta mama hanyalah untuk papa dan tak ada org lain dalam hati mama selain papa", terang Shila.

        Aku tersenyum lagi entah buat keberapa kali aku juga tidak pasti. Aku meramas dagu membuat gaya seperti org sedang berfikir. Lalu, aku tersengih sehingga menampakkan gigiku dan menggeleng kepala seraya  
 berkata "panjang kisahnya. Tapi yg mama pasti, bila waktunya tibe, mama mmbuka hati mama untuk papa dan rupa2nya cinta mama tidak berat sebelah. Papa juga dlm diam cintakan mama". Aku kemudiannya menarik kerusi dan duduk setelah menutup meja dgn tudung saji.

        "Wah, 'sweet'nya...", sampuk Shaqina. "Em...ma, mase mama baya- baya Ina, mama ada "boyfriend" tak?", laju shj soalan itu keluar dari mulut Shaqina. 'Alamak, soalan cepumas ni', bisik hatiku lalu bibirku mengukir senyuman menandakan bahawa aku mengiakan soalan Shaqina.

        "Adalah tu...", Shila dpt mengagak.

        "Amboi, mama pun ada rahsia yg kitorang tak boleh tau ke?", kata Shaqina

        "Mana ada rahsia. Kitakan satu keluarga".

        "Kalau mcm tu, bagitaulah kitorang cerita mama masa muda sebelum papa hadir dlm hidup mama", pujuk Shila. 

        Aku cuma mengekalkan senyuman di bibirku sejak dari tadi.


 Bersambung....

        

Monday, November 28, 2011

Can I Have This Dance – Zac Efron & Vanessa Hudgens


Assalamualaikum...:) Ape kabar?? Korang sihat?? Aku fine2 je kt sini...Actually i'm nervous...Knape??!! Sebabnye...exam UKKM ataupun Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM akan aku lalui dlm 3 hari jer lagi...huish!! gementar sudah!!! tadi baru je calling2 kawan yg bru je abis UKKM tu...then tnye laa die mcm mner soalan2 die?? pastu die cakap Maths very the susah!! dengar je susah...aku dah lemah smangat dah...BUT atau kate melayunya TETAPI...die kate Sains and lg satu paper tak susah pun...baru smangat aku pulih...die kate die menyesal sebab tak buat revision...Well, same laa mcm aku...hik hik hik

InsyaAllah, nnt aku buatlaa revision- ceh ceh...konon jer...ckap je nak buat tapi...on9 tak abis2 hik hik hik...-

So, disebabkan stress memikirkan masalah dunia yg takkan pernah nak abis ni...I surfed inside the web...then update blog and adelaa sikit2 edit blog ni...cantik tak??kalau cantik comment...kalau rase mcm nak termuntah tengok blog ni....duduk diam2 sudah...:) sori...

Okay... back to bussiness... aku pun dengan tak semena-menanya terjumpa lagu ni... walaupun lagu ni dah lame...tp aku tetap menyukainya... so saje je nak post and kasi lirik die skali...sambil dgar2 tu, nyanyi2 laa sikit...baru feeling....



[Gabriella]
Take my hand, take a breath
Pull me close and take one step
Keep your eyes locked on mine,
And let the music be your guide.
[Troy, Gabriella]
Won’t you promise me (now won’t you promise me, that you’ll never forget)
We’ll keep dancing (to keep dancing) wherever we go next
(chorus)
It’s like catching lightning the chances of finding someone like you
It’s one in a million, the chances of feeling the way we do
And with every step together, we just keep on getting better
So can I have this dance (can I have this dance)
Can I have this dance

Ni bagaikan hati aku yang sedang mekar dengan
bungaan cinta- (mengarut je aku nih...hehe)

[Troy]
Take my hand, I’ll take the lead
And every turn will be safe with me
Don’t be afraid, afraid to fall
You know I’ll catch you threw it all
[Troy, Gabriella]
And you can’t keep us apart (even a thousand miles, can’t keep us apart)
‘Cause my heart is (cause my heart is) wherever you are
(chorus)
It’s like catching lightning the chances of finding someone like you
It’s one in a million, the chances of feeling the way we do
And with every step together, we just keep on getting better
So can I have this dance (can I have this dance)
Can I have this dance
[Gabriella And Troy]
Oh no mountains too high enough, oceans too wide
‘Cause together or not, our dance won’t stop
Let it rain, let it pour
What we have is worth fighting for
You know I believe, that we were meant to be
(chorus)
It’s like catching lightning the chances of finding someone like you (like you)
It’s one in a million, the chances of feeling the way we do (way we do)
And with every step together, we just keep on getting better
So can I have this dance (can I have this dance)
Can I have this dance
Can I have this dance
Can I have this dance



Thank you kerana dgar and nyanyi...

Saturday, November 26, 2011

Assalamualaikum...:) hey guys...happy maal hijrah...harap2 semua ade azam baru tahun baru islam nih...hehe...tinggalkanlaa crite2 lame...mulakan hidup baru...korang jgn sdih untuk berubah...jgn takut untuk berhijrah...lgpun tu laa maksud hijrah...kan??

Besides, rasulullah pernah kate...sebaik2 hijrah ialah hijrah dr perkara yg buruk ke perkara yg baik...-ye ye je aku nih...ntah btol ntah tak??haha klau salah soriii...tp aku rse btollah...hmm...

Lagi satu, kite kene buat bnyak perkara2 mahmudah...bukan buat perkara2 'yg mudah'...dan jgn ambik mudah dgn ibadah kite...ingat!!! yg mnilai ibadah kite ialah Allah S.W.T. ...so kite kene minitikberatkan soal2 yg berkaitan dgn ibadah...-(ceh ceh...dh mcm ustaz pn ad...mngalahkan ustaz- ustaz yg dlm program 'tanyalah ustaz' tu...PERASAN...haha...)

Bkan ape...cume kite kan sedare...sesame islam...kene laah bg nasihat sesama insan...yg bertakwa, tmbahkan iman korang...yg tipis imannye mantapkan iman korang...insyaAllah akan dipermudahkan perjalanan hidup korang...

Well, cume nak bgtau korang2 yg tak tau...-klau dh tau pun buat2 laa baru tau...ok

Antara perkara2 Mahmudah ialah :~
1. Sabar
2. Syukur
3. Ikhlas
4. Redha
5. Rajin
6. Pemurah
7. Ingat Mati
8. Bertimbang Rase
9. Taubat
10. Amanah
11. Jimat Cermat
12. Tepati Janji
13. Tolong Menolong
14. Bertanggungjawab...dan lain2...

Antara perkara2 Mazmumah ialah :~
1. Pemarah
2. Takbur
3. Riak
4. Mungkir janji
5. Penipu
6. Pemalas
7. Megah2@riak...-same je
8. Bermuka2- mcm talam dua muka jgakla...
9. Mengumpat
10. Berbohong
11. Mencerca
12. Sombong
13. Kufur Nikmat
14. Tak Ingat Mati
15. Hasad Dengki
16. Khianat....dan lain2...



Kalau korang masih ade lg sifat2 mcm yg di'taip'kan di atas...,cubelah untuk berubah...hijrah demi kebaikan...kan best bile jd baik... :-D!!! InsyaAllah Dia akan mmbantu korang berjaya dlm hidup di dunia mahupun di akhirat...Amin...

Friday, November 25, 2011

Dan Bila Bertemu- Ep 1

Cerita ini hanyalah rekaan saya semata- mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada pun hanya kebetulan jer...~hahaha~
adapun cuma cerita tentang hidup manusia biasa.


Footnote(hehe...) : Kalau lagu blog ni mengganggu korang...'pause'laa kat bahagian paling bawah kanan blog ni okay...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


        "Mama..., buat ape tu? dah pukul 12.30 dah...kenapa mama belum tidur lagi?", ujar Shila Serina, anak sulungku. Aku mengangkat kepala lalu aku memberikan senyuman tipis buatnya. "Mama tengah tengok gambar2 mama dengan papa...waktu kami muda dulu". Shila mencari tempat untuk baring dan akhirnya mengambil tempat di atas katil sambil memelukku dari belakang. Itulah cara dia bermanja denganku. dia melihat gambar2 aku dan suami tercinta, Shahril Naim. Lalu dia berkata, "mama rindu papa ea...". "Mestilah mama rindu, papa pergi bukan untuk sehari dua...", 'dia pergi untuk selama- lamanya!' hati kecilku menjerit. "Mama....kenapa nih?", tanya Shila apabila airmataku menitis lalu dia memujukku seraya berkata, "Mama, papa pergi U.S untuk kerja bukan untuk tinggalkan mama dengan kita semua...". "Mama tahu...", 'kalaulah kamu semua tahu yg ayah kamu dah tiada di dunia. Abang! Sarah rindu kat abang! bagaimana sarah nak bagitahu anak2 kita yg abang dah tiada?! Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini menghadapi liku2 hidup ini ya Allah'. "Mama, sudahlah tu, insyaAllah ayah selamat di bawah lindungan Allah yg Maha Pelindung. Ayah takkan apa2". Aku berhenti menangis dan cuba untuk memberikan senyuman buat anakku yang satu ni walaupun senyuman tu terasa palsu.

        Desiran hingus tetap masih lg menjadi musik yg menggenap di seluruh ruang bilik. Mujur anak-anakku yang lain sudah tidur pada pengetahuanku. Aku merenung wajah Shila dengan penuh rasa kasih. Wajahnya saling tak tumpah seperti wajah Shahril waktu dia muda dulu.

        "Dah besar dah anak mama nih", ujarku. Shila, anak sulungku yang kini berumur 21 sedang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia menjadi tatapanku. Shila tersenyum lalu meletakkan kepalanya ke bahuku. Anakku yang kedua pula, Shahrin Syukri kini berumur 17 tahun dan akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini manakala anak ketiga hasil dari cinta aku dan Shahril bernama Shaqina Syikin kini berumur 13 tahun.

        "Mama, esok nak sarapan apa?biar Shila yang masakkan", cadang Shila. "Em?!betul ke ni?setahu mama, Shila cuma pandai masak telur goreng je...", aku cuba untuk mengubah suasana. "Mama ni! tak baik tau cakap mcm tu. Shila dah pandai masak nasi goreng tau. Asam pedas resepi mama pun Shila dah pandai buat", ujar Shila bangga. "Kalau macam tu esok Shila tolong mama buat nasi goreng ok", pintaku. "Ok...sangat", sahut Shila.

        "Dah, pergi tidur. Dah lewat ni". "Mama pun. Jangan asyik teringatkan papa je, nanti semua kerja tak jadi", kata Shila. "Baiklah anak mama yang cantik manis ni", sambungku sambil memicit kedua-dua pipi Shila yang gebu itu. Manja sungguh anak aku ini.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


        Aku terbangun dari tidur sewaktu jam tepat menunjukkan pukul 6.00 pagi. Itulah permulaan setiap hari-hariku sejak ketiadaan Shahril. Dulu, sewaktu Shahril ada, dia sering mengejutkanku untuk solat subuh berjemaah. Seingatku, hanya beberapa kali saja aku mengejutkannya untuk beribadah menyembah Yang Esa. tapi kini segala-galanya harus aku lakukan sendiri. Mengejutkan anak2 pada pagi hari, mencari rezeki dan lain2.

        Aku ke bilik Shila setelah usai Solat Subuh lalu mengejutkannya. Selepas itu, aku ke bilik Shahrin Syukri, anak keduaku. mengejutkan satu-satunya anak lelakiku ini amat menguji kesabaranku. Liatnya mahu bangun. Tapi aku tetap bersabar dengan semua itu dan terus mngejutkannya dengan penuh kasih kerana dia merupakan anak aku dan Shahril. Lalu aku ke bilik Shaqina dan mengejutkannya untuk solat.

        Setelah selesai mengejutkan anak2, aku turun ke bawah lalu ke dapur. Membuat sarapan untuk santapan pagi adalah rutin harian setiap kami sekeluarga malah seharusnya menjadi rutin setiap makhluk di muka Bumi ini. Pada pandanganku, sarapan merupakan pembekal tenaga untuk digunakan pada sesuatu hari tersebut. Kalau tidak mengamalkan sarapan setiap pagi, maka tiadalah tenaga untuk hari tersebut.

        Aku menggoreng nasi goreng kegemaran anak2 dan beberapa biji telur juga beberapa batang sosej untuk sajian hari ini setelah lama menunggu Shila di dapur. Barangkali dia lupa untuk membantuku seperti yang dijanjikan semalam. Lalu, aku membuat teh susu panas di dalam teko yang ku beli di Langkawi sewaktu kami sekeluarga bercuti ke sana. Waktu itu Shahril masih ada. Aku mengeluh. Aku dapat rasakan keluhan rindu yang amat dalam. rindu akan suamiku, Shahril. 'Abang, Sarah rindukan abang!', hatiku menjerit buat kesekian kalinya.

        Aku terdengar sudu dan garfu berlaga bersama- sama ketukan pada pinggan. Aku tersenyum. Pasti anak- anakku sudah lapar. Mana tidaknya, semalam, satu hari suntuk mereka menolong Mak Su Fira mereka dalam majlis perkahwinannya. Aku kemudiannya membancuh teh lalu kubawa ke meja makan. Kulihat Shila diam tak seperti selalu lalu aku bertanya "Kenapa diam aje ni? anak2 mama yang lain pun same...kenapa diam?". Shahrin diam. Itu tidak mengejutkanku. Anakku yang satu ni memang selalu begini. Selalu diam dan suka menyimpan rahsia. Kadangkala aku juga tidak mengerti apa yang sedang bersarang dalam hatinya. Sukar untuk membaca fikirannya tidak seperti Shila dan Shaqina. Tapi, apa yang pasti, dia akan bercakap apabila dia perlukan sesuatu. Sama seperti Shahril, bercakap dengan orang yang rapat sahaja. Itu yang membuat aku tertarik dengannya.

       Suasana masih sunyi seperti tadi. Cuma kedengaran sudu dan garfu berketukan. Mereka makan dengan sungguh berselera. Aku duduk lalu makan bersama dengan mereka.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


        "Mama, cube mama tengok ni!", Shaqina memulakan bicaranya pada pagi itu. Bingit suaranya. Itu pun sewaktu aku dan Shila sedang mengemas meja. Aku melihatnya. Menurut pengamatanku, Shaqina sedang memegang sepucuk surat. "Surat untuk siapa ni?", aku bertanya. "Bukan untuk siapa, tapi surat siapa...hik hik hik", ujar Shaqina. "Ina, tu surat akak!", kata Shila separuh menjerit membuat aku terkejut.

        "Bluek, tak nak bagi. Ina nak bagi mama. Ina nak bagi mama. hahaha"

        "Ina, bagi laa. Akak punye tu.", suara Shila bagaikan budak kecil yang merengek mahukan gula2. Aku tersenyum.

        "Ina nak bagi mama jugak. haha!", sambung Shaqina. Dialah yang menjadikan rumah ini hidup. Selalu ceria.

        "Sudah, sudah! pening mama tengok", ujarku sambil tersenyum lebar melihat keletah kedua2 anakku ini. "Bagi mama tengok surat tu".

        "Mama!", Shila merengek. Dia cuba untuk mendapatkan surat itu daripada Shaqina. Shaqina cuba untuk lari tapi di peluk erat dari belakang oleh kakaknya tetapi cepat saja surat itu disambar oleh Shila.

        "Yea! akak dapat!"

        "Akak!, ma tengok akak. Tak adil. mentang-mentanglaa dia besar, adik kecik", Shaqina pula yang merengek. Macam2 anak2 aku ni. hmm...abang, anak2 kita dah besar. Kalau abang ada mesti abang pun rasa apa yang Sarah rasa kan bang??

        "Eleh, adik dah tau dah. Ma, akak sekarang ni tengah kemaruk bercinta. Dah pandai2 cari 'boyfriend'."

        "Ina!", tegah Shila separuh berbisik.

        'Bercinta?', hatiku berbisik. "Ooo, dah pandai nak bercintan-cintan ye...", sambungku buat menceriakan suasana. "Mana ada!", Shila cuba untuk menafikan.

        "Mama tau tak, 'boyfriend' akak nama dia..."

        "Ina..!janganlah"

        "Nama dia..."


Bersambung....

Wednesday, November 23, 2011

midvalley- All Alone...23 nov '11

Assalamualaikum...:) smalam, aku pergi Mid...actually perjalanan ni x dirancang pun...sbenarnye aku dgn kawan2 aku rancang pergi sunway...but- tibe2!! kawan aku ckp x jd...mse tuh aku dh pun brade di stesen bas ioi...nk wat mcm mner?? aku pun tunggu bas nak ke sunway...tp tak jugak smapai2...

So...aku buat keputusan kalau bas nak pg sunway masih tak muncul, aku nak pg midvalley...dalam fikiran-(mak dgn ayh aku msti marah kalau tau aku pg mid...sorang2 pulak tuh...haha) karang jd perang dunia ke- 2 pulak...isytihar darurat...

ehem...Jd aku pun pg laa mid...bru turun dr bas nak pg ke mid tuh tibe2 ada sorang kakak cina nih buat jualan...katenye jualan pen dan keychain...ala2 buah tangan la gitu...

tp harga die mahal sgt...melambung smpai satu pen tu harge die RM 30...bayangkan...hurgh!!...dgr je harge mcm tu trus aku tolak...

lepas tuh aku masuk mid and decide nak jln2...window shopping laa kate org inggeris...haha...aku masuk keluar, masuk keluar kedai...mostly kedai baju...sbab aku nak tgk baju2 yg baru...haha padahal x nak beli pun...just tengok2 jer...nih ad few pic yg aku tangkap...kachak!! kachak!!
















Aku jln2 smpai masuk waktu zohor...aku decide nak solat kt surau berdekatan...lpas tuh bru makan...Usai solat, aku mkn kat Garden Mall...kt foodcourt situ...nme foodcourtnye ialah food garden...kot...haha ape2 je laa...aku makan nasi goreng pedas...and teh terik panas 'gao-gao' punyer...







lpas tuh...aku pg redbox...aku pun tnya kakak kaunter tuh...brape harge student?? kakak tu pun ckap laa harge untuk student rm 25++...ok laah tu...lpas tu aku tnya laa kalau cmpur yg ++ tuh brape pulak?? katenye rm 43...aku terkejut skejap...aku kate mahalnya!! tapi sbab nak lpas geram punya pasal...aku bayar la...mse tuh pulus pun tinggal rm 3 je...hik hik hik...

tp berbaloi jugaklaa...bayangkan dr pukul tiga aku masuk...nyanyi2 smpai pkul 6.30 pm berhenti solat asar kejap, dan sambung pkul 7.15 pm lpas solat maghrib...sampai pkul 8.00 pm...agk2 kalau x berhenti tmpoh mase campur semua...lima jam...lamer tuh...berbaloi laa jugak...

All in all, mmg best...!!!Alhamdulillah x jd ape2 yg x elok...thank you...Salam...:)

Tuesday, November 22, 2011

Rahsia Besar kita...

Assalamualaikum...:) herm...RAHASIA...siapa yg tak ade rahsia?? haha rasenye x de kot...sbab manusia yg normal akan mnyimpan banyak rahsia...tak kesahlah rahsia diri atau org lain...nmenye tetap r.a.h.s.i.a...

selain itu (ceh..mcm nk wat karangan bm laa pulak...), apa2 je laa..em..kalau kite nih dah besar...atau semakin mmbesar ataupun sedang meniti usia remaja atau 'adult', semakin bnyk rahsia yg kita simpan...

persoalannye..apakah kita boleh mnyimpan rahsia tersebut?? itu masalah sbenarnye..sbab mnusia skrang nih susah nk simpan rahsia...jd klu nk britahu rahsia kpd seseorang...pastikan org tu org yg boleh anda percaya...mcm..rakan baik atau yg paling dkat dgn korang, mak, ayh, abg, adk, akak, atau grandparents korang...

herm...sbenarnye nk simpan rahsia ni bukan senang..tambah2 rahsia yg kite simpan tu rahsia terbesar kita...well, mmg susah nk byangkan kalau rahsia tu diketahui org...rse mcm dunia nih nk rntuh...tmbah kalau artist ker...boleh smpai worldwide rahsia die org tau...susah tu...selain drpd itu juga- haha, mnyakitkan sbenarnye simpan rahsia sorang2...kite msti bgtau org...kalau contoh kite simpan rahsia yg kite suke seseorang- kire mcm secret crush laa jugak...haha, kalau boleh nk sgt org tu tau pasal rahsia ni...tp bile tgok diri sndiri yg tak sesuai nk di padankan dgnnya, kita simpan rahsia tu smpai rahsia tu buat kita mnangis dan 'jatuh'...

RAHASIA...herm..susah nak tafsirkan satu perkataan nih...



Apa2 pun, walau apa pun rahsia yg korang pegang...Allah S.W.T pasti tahu...sbab dia Al-Alim,iaitu Yg Maha Mengetahui...insyaAllah akan dipermudahkan jalan kita di dunia ni dan di akhirat sana...kalau kita tak mmbongkarkan rahsia tu....Salam...

Monday, November 21, 2011

Jamuan 3 cengal...diari terhebatku..

Assalamualaikum...jawab!! jgn x jawab!!..

Wah!! dah lame x update blog nih...sungguh..ku terasa rindu tahap gaaban...haha..

aritu, 'family' kelas kitorang ada buat jamuan...jamuan kelas tu diadakan di rumah guru kelas kitorang iaitu...Pn. Norkamilah...thanx kt ckgu...sbab bg pinjam rumahnya untuk dikucarkacirkan oleh kami...hehe-jgn mrh ckg...

tp x pe...sbab kitorang pun ada inisiatif untuk kemas balik rumah ustazah...atleast x der le mmbebankan ustazah...
Well...haritu kitorang have 'the most happiest momment ever'...

nih ada beberapa pic yg dpt dikongsikan...





nih resepi khas kitorang...nme nye Barbeque Rebus...


bnyak yg kitorang kongsikan bersama...3 cengal adalah diari terhebat aku...walaupun kitorang baru je buat jamuan nih...tp hati aku dpt rse rindu yg amat sgt....rse mcm skejap shj nikmat berkawan...thanx to all 3 cengal members...Me, Tajul Haikal, Putri Nursabrina, Nur Azznizza, Nur Azureen, Nurul Ariena, Che Nurul Farhana, Adi Irfan, Zuzamil Danial, Saiful, Loo Jie Kian, Clement William dan ramai lg...

Terima Kasih .....