Melukis Impian

Melukis Impian Melakar Kejayaan Menembusi Imaginasi

Friday, November 25, 2011

Dan Bila Bertemu- Ep 1

Cerita ini hanyalah rekaan saya semata- mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada pun hanya kebetulan jer...~hahaha~
adapun cuma cerita tentang hidup manusia biasa.


Footnote(hehe...) : Kalau lagu blog ni mengganggu korang...'pause'laa kat bahagian paling bawah kanan blog ni okay...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


        "Mama..., buat ape tu? dah pukul 12.30 dah...kenapa mama belum tidur lagi?", ujar Shila Serina, anak sulungku. Aku mengangkat kepala lalu aku memberikan senyuman tipis buatnya. "Mama tengah tengok gambar2 mama dengan papa...waktu kami muda dulu". Shila mencari tempat untuk baring dan akhirnya mengambil tempat di atas katil sambil memelukku dari belakang. Itulah cara dia bermanja denganku. dia melihat gambar2 aku dan suami tercinta, Shahril Naim. Lalu dia berkata, "mama rindu papa ea...". "Mestilah mama rindu, papa pergi bukan untuk sehari dua...", 'dia pergi untuk selama- lamanya!' hati kecilku menjerit. "Mama....kenapa nih?", tanya Shila apabila airmataku menitis lalu dia memujukku seraya berkata, "Mama, papa pergi U.S untuk kerja bukan untuk tinggalkan mama dengan kita semua...". "Mama tahu...", 'kalaulah kamu semua tahu yg ayah kamu dah tiada di dunia. Abang! Sarah rindu kat abang! bagaimana sarah nak bagitahu anak2 kita yg abang dah tiada?! Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini menghadapi liku2 hidup ini ya Allah'. "Mama, sudahlah tu, insyaAllah ayah selamat di bawah lindungan Allah yg Maha Pelindung. Ayah takkan apa2". Aku berhenti menangis dan cuba untuk memberikan senyuman buat anakku yang satu ni walaupun senyuman tu terasa palsu.

        Desiran hingus tetap masih lg menjadi musik yg menggenap di seluruh ruang bilik. Mujur anak-anakku yang lain sudah tidur pada pengetahuanku. Aku merenung wajah Shila dengan penuh rasa kasih. Wajahnya saling tak tumpah seperti wajah Shahril waktu dia muda dulu.

        "Dah besar dah anak mama nih", ujarku. Shila, anak sulungku yang kini berumur 21 sedang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia menjadi tatapanku. Shila tersenyum lalu meletakkan kepalanya ke bahuku. Anakku yang kedua pula, Shahrin Syukri kini berumur 17 tahun dan akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini manakala anak ketiga hasil dari cinta aku dan Shahril bernama Shaqina Syikin kini berumur 13 tahun.

        "Mama, esok nak sarapan apa?biar Shila yang masakkan", cadang Shila. "Em?!betul ke ni?setahu mama, Shila cuma pandai masak telur goreng je...", aku cuba untuk mengubah suasana. "Mama ni! tak baik tau cakap mcm tu. Shila dah pandai masak nasi goreng tau. Asam pedas resepi mama pun Shila dah pandai buat", ujar Shila bangga. "Kalau macam tu esok Shila tolong mama buat nasi goreng ok", pintaku. "Ok...sangat", sahut Shila.

        "Dah, pergi tidur. Dah lewat ni". "Mama pun. Jangan asyik teringatkan papa je, nanti semua kerja tak jadi", kata Shila. "Baiklah anak mama yang cantik manis ni", sambungku sambil memicit kedua-dua pipi Shila yang gebu itu. Manja sungguh anak aku ini.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


        Aku terbangun dari tidur sewaktu jam tepat menunjukkan pukul 6.00 pagi. Itulah permulaan setiap hari-hariku sejak ketiadaan Shahril. Dulu, sewaktu Shahril ada, dia sering mengejutkanku untuk solat subuh berjemaah. Seingatku, hanya beberapa kali saja aku mengejutkannya untuk beribadah menyembah Yang Esa. tapi kini segala-galanya harus aku lakukan sendiri. Mengejutkan anak2 pada pagi hari, mencari rezeki dan lain2.

        Aku ke bilik Shila setelah usai Solat Subuh lalu mengejutkannya. Selepas itu, aku ke bilik Shahrin Syukri, anak keduaku. mengejutkan satu-satunya anak lelakiku ini amat menguji kesabaranku. Liatnya mahu bangun. Tapi aku tetap bersabar dengan semua itu dan terus mngejutkannya dengan penuh kasih kerana dia merupakan anak aku dan Shahril. Lalu aku ke bilik Shaqina dan mengejutkannya untuk solat.

        Setelah selesai mengejutkan anak2, aku turun ke bawah lalu ke dapur. Membuat sarapan untuk santapan pagi adalah rutin harian setiap kami sekeluarga malah seharusnya menjadi rutin setiap makhluk di muka Bumi ini. Pada pandanganku, sarapan merupakan pembekal tenaga untuk digunakan pada sesuatu hari tersebut. Kalau tidak mengamalkan sarapan setiap pagi, maka tiadalah tenaga untuk hari tersebut.

        Aku menggoreng nasi goreng kegemaran anak2 dan beberapa biji telur juga beberapa batang sosej untuk sajian hari ini setelah lama menunggu Shila di dapur. Barangkali dia lupa untuk membantuku seperti yang dijanjikan semalam. Lalu, aku membuat teh susu panas di dalam teko yang ku beli di Langkawi sewaktu kami sekeluarga bercuti ke sana. Waktu itu Shahril masih ada. Aku mengeluh. Aku dapat rasakan keluhan rindu yang amat dalam. rindu akan suamiku, Shahril. 'Abang, Sarah rindukan abang!', hatiku menjerit buat kesekian kalinya.

        Aku terdengar sudu dan garfu berlaga bersama- sama ketukan pada pinggan. Aku tersenyum. Pasti anak- anakku sudah lapar. Mana tidaknya, semalam, satu hari suntuk mereka menolong Mak Su Fira mereka dalam majlis perkahwinannya. Aku kemudiannya membancuh teh lalu kubawa ke meja makan. Kulihat Shila diam tak seperti selalu lalu aku bertanya "Kenapa diam aje ni? anak2 mama yang lain pun same...kenapa diam?". Shahrin diam. Itu tidak mengejutkanku. Anakku yang satu ni memang selalu begini. Selalu diam dan suka menyimpan rahsia. Kadangkala aku juga tidak mengerti apa yang sedang bersarang dalam hatinya. Sukar untuk membaca fikirannya tidak seperti Shila dan Shaqina. Tapi, apa yang pasti, dia akan bercakap apabila dia perlukan sesuatu. Sama seperti Shahril, bercakap dengan orang yang rapat sahaja. Itu yang membuat aku tertarik dengannya.

       Suasana masih sunyi seperti tadi. Cuma kedengaran sudu dan garfu berketukan. Mereka makan dengan sungguh berselera. Aku duduk lalu makan bersama dengan mereka.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


        "Mama, cube mama tengok ni!", Shaqina memulakan bicaranya pada pagi itu. Bingit suaranya. Itu pun sewaktu aku dan Shila sedang mengemas meja. Aku melihatnya. Menurut pengamatanku, Shaqina sedang memegang sepucuk surat. "Surat untuk siapa ni?", aku bertanya. "Bukan untuk siapa, tapi surat siapa...hik hik hik", ujar Shaqina. "Ina, tu surat akak!", kata Shila separuh menjerit membuat aku terkejut.

        "Bluek, tak nak bagi. Ina nak bagi mama. Ina nak bagi mama. hahaha"

        "Ina, bagi laa. Akak punye tu.", suara Shila bagaikan budak kecil yang merengek mahukan gula2. Aku tersenyum.

        "Ina nak bagi mama jugak. haha!", sambung Shaqina. Dialah yang menjadikan rumah ini hidup. Selalu ceria.

        "Sudah, sudah! pening mama tengok", ujarku sambil tersenyum lebar melihat keletah kedua2 anakku ini. "Bagi mama tengok surat tu".

        "Mama!", Shila merengek. Dia cuba untuk mendapatkan surat itu daripada Shaqina. Shaqina cuba untuk lari tapi di peluk erat dari belakang oleh kakaknya tetapi cepat saja surat itu disambar oleh Shila.

        "Yea! akak dapat!"

        "Akak!, ma tengok akak. Tak adil. mentang-mentanglaa dia besar, adik kecik", Shaqina pula yang merengek. Macam2 anak2 aku ni. hmm...abang, anak2 kita dah besar. Kalau abang ada mesti abang pun rasa apa yang Sarah rasa kan bang??

        "Eleh, adik dah tau dah. Ma, akak sekarang ni tengah kemaruk bercinta. Dah pandai2 cari 'boyfriend'."

        "Ina!", tegah Shila separuh berbisik.

        'Bercinta?', hatiku berbisik. "Ooo, dah pandai nak bercintan-cintan ye...", sambungku buat menceriakan suasana. "Mana ada!", Shila cuba untuk menafikan.

        "Mama tau tak, 'boyfriend' akak nama dia..."

        "Ina..!janganlah"

        "Nama dia..."


Bersambung....

No comments:

Post a Comment