Melukis Impian

Melukis Impian Melakar Kejayaan Menembusi Imaginasi

Tuesday, December 6, 2011

Dan Bila Bertemu Ep5


Cerita ini hanyalah rekaan saya semata- mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada pun hanya kebetulan jer...~hahaha~
adapun cuma cerita tentang hidup manusia biasa.
Kalau korang terlepas Dan Bila Bertemu Ep 4 klik sini

Footnote(hehe...) : Kalau lagu blog ni mengganggu korang...'pause'laa kat bahagian paling bawah kanan blog ni okay...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

        "Ya Allah, Ya Ghoffar, ampunilah aku hamba- Mu ini. Dosa-dosa yang telah aku lakukan. Aku mohon Ya Allah, aku mohon agar diriku tidak menjadi Ahli Neraka-Mu. Aku tidak mahu menderhakai-Mu. Ampuni aku Ya Ghoffar, ampuni aku...Ya Allah, Ya Rahim, suamiku telah pergi menghadap-Mu. Aku tahu bahawa Engkau menyayanginya. Dan, apa yang aku mampu lakukan hanyalah berdoa agar rohnya dicucuri rahmat-Mu. Lindungilah suamiku Ya Allah... segala puji bagi- Mu Tuhan seluruh alam yang menciptakan umat manusia di muka Bumi ini, kuatkanlah imanku, lindungilah anak- anakku. Tuntunilah kami ke jalan yang Engkau redhai...Ya Mujib, ajbdu'aana, sahutlah doaku Ya Tuhanku. Amin YaRobbal'alamin". Tidak terasa airmataku jatuh melakar pipi bersihku. Aku menanggalkan telekung lalu meletakkannya di kaki katil bersama- sama dengan sejadah.

        "Mama, jom makan", ujar Shila.

        Aku memandangnya lalu mengukirkan senyuman. "Baiklah, jom"

        Aku dan Shila berjalan menuruni tangga. Shila membuntutiku. Aku lihat Shaqina sudahpun menghidangkan
lauk untuk makan malam kami. Aku naik hairan. Siapa yang masak?, detik hatiku. "Err...siapa yang masak semua ni?", ku lontarkan jua isi hatiku.

        "Kak Shila", jawab Shaqina sambil tersenyum.

        "Shila?!betul ni?", aku menyoal.

        "Iya, kenapa? tak boleh ke?"

        "Boleh. Siapa kata tak boleh? tapi kenapa tiba- tiba aje Shila masak ni?", aku menyoal lagi sambil membasuh tangan.

        "Saja. Lagipun pagi tadi Shila terlupa nak tolong mama siapkan sarapan. Jadi, Shila nak bayar balik kesalahan yang Shila dah buat", katanya. Aku tersenyum sewaktu dia meluahkan niat murninya itu.

        "Baik anak mama".

        "Anak mama yang lagi satu ni?", rajuk Shaqina.

        "Anak- anak mama semuanya baik, bijak, pandai jaga hati orang tua. Apa lagi Ina nak mama kata?"

        "Tu terlebih puji, mama ni", kembang hidung Shaqina. Shila masih lagi tersenyum sepertiku. Aku rasa bahagia saat ini. Alangkah lebih bahagianya aku jika Shahril ada bersama kami. Senyumku diulit rasa sebak.

        "Abang Shah kamu mana? tak turun- turun dari tadi?", aku menyoal Shila dan Shaqina setelah sedar akan ketiadaan anakku yang kedua itu. Shaqina mengangkat bahu manakala Shila pula menggeleng- geleng tidak tahu. Lalu, aku menyuruh Shaqina memanggil Shahrin turun. Dia naik dan turun dengan muka yang masam. Aku menyoalnya "kenapa?". Dia menjawab "abang Shah tak mahu makan. Dia kata nanti kalau dia lapar baru dia turun".

        Fikiranku menjadi sarat dengan tanda soal. Pelik. Shahrin tidak pernah menolak untuk makan malam. Paling tidak pun, dia makan sedikit dan terus naik ke tingkat atas. Membiarkan pinggan itu berbaki lauk- pauk yang diambil. Aku bangun dari kerusi lalu berjalan ke tangga dan berhenti di hadapan anak- anak tangga sambil memanggilnya. Malangnya tiada sahutan dari atas. Aku menjadi risau. Aku memijak anak- anak tangga itu satu per satu sehingga ke atas lalu aku ke biliknya. Aku ketuk berkali- kali. Namun, suasana masih sepi. Keadaan Shahrin betul- betul membuatkan aku risau.

        "Shah, apa hal ni? kenapa diam aje ni?!", aku menyoal lagi tapi kali ini bunyinya lebih panik. Kalau keadaan masih sunyi seperti tadi, aku akan mengambil kunci. Fikiranku mula dipengaruhi perkara- perkara negatif. Takut keadaan menjadi tidak elok.

        "Tak ada apa- apa", jawab anak keduaku. Jawapan itu sayup- sayup kedengaran dari dalam. Dia seperti sedang... . Tak mungkin, bisikku dalam hati.

        "Shahrin, anak mama, kenapa tak mahu makan sayang? marilah turun", ajakku. Perasaanku kali ini beransur lega setelah mendengar jawapan dari dalam bilik itu. “Kalau Shah lapar nanti Shah turun”.

        "Mama sudahlah tu!Marilah kita makan dulu. Nanti sejuk pula lauk makan malam kita. Abang dah kata kalau dia lapar, dia akan turun. Mama tak perlulah risau", panggil Shaqina.

        "Baiklah nanti mama turun", jawabku. Aku memandang pintu bilik anak lelakiku itu. Apa yang Shahrin sembunyikan sebenarnya?

No comments:

Post a Comment