Melukis Impian

Melukis Impian Melakar Kejayaan Menembusi Imaginasi

Thursday, December 8, 2011

Dan Bila Bertemu Ep 6


Cerita ini hanyalah rekaan saya semata- mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada pun hanya kebetulan jer...~hahaha~
adapun cuma cerita tentang hidup manusia biasa.
Kalau korang terlepas Dan Bila Bertemu Ep 5 klik sini

Footnote(hehe...) : Kalau lagu blog ni mengganggu korang...'pause'laa kat bahagian paling bawah kanan blog ni okay...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


             "Mama sudahlah tu!Marilah kita makan dulu. Nanti sejuk pula lauk makan malam kita. Abang dah kata kalau dia lapar, dia akan turun. Mama tak perlulah risau", panggil Shaqina.

        "Baiklah nanti mama turun", jawabku. Aku memandang pintu bilik anak lelakiku itu. Apa yang Shahrin sembunyikan sebenarnya? Apa mungkin Shahrin sedang menghadapi masalah di sekolah? Tambahan pula, dia akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Atau, dia mempunyai masalah hubungan? Entahlah, tapi apa yang pasti, aku yakin masalah itu tidaklah besar. Aku juga yakin bahawa satu- satunya anak lelakiku itu dapat menyelesaikan masalah itu sendirian. Sebabnya ialah dia mewarisi sikap Shahril yang pandai berdikari dan tidak mudah berputus- asa. Aku mula terasa sebak. Sekurang- kurangnya ada juga peniggalan suamiku yang dapat membuatkan aku mengingatinya. Itulah peninggalan yang amat berharga iaitu anak- anak. Airmataku bergenangan.

        “Mama! ”, kedua- dua anakku memanggil. Aku segera menyeka airmata yang baru berlinangan di pipi.

        “Ya, sabar. Mama turun ni”. Tak sabar sungguh mereka ni. Aku menggeleng sambil tersenyum.

        Sesudah makan, Shila dan Shaqina membantuku mengemas meja. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kedua- kedua anak perempuanku ini sangat ringan tulang. Suka membantu walaupun tidak dipinta. Alhamdulillah. Teringat pula pesan ibu, “anak dara mesti ringan tulang, kalau tak semua kerja dalam rumah ni tak menjadi. Tunggang- langgang jadinya. Tambah- tambah kalau kamu dah bersuami”. Aku tersenyum mengingatkan kata- kata ibu itu. Memang betul kata ibu. Kalau orang perempuan tidak membantu suami menguruskan rumah tangga. Alamatnya tunggang- langganglah rumah tangga itu.

        Pinggan dan mangkuk yang kotor aku cuci. Lalu, aku meletakkan biji- biji pinggan dan mangkuk itu di tempatnya. Tiba- tiba, suara Shila memeranjatkanku.

        “Mama, mama rasa uncle Afril masih ada lagi ke?”, soalnya lalu meletakkan pinggan mangkuk yang kotor yang diambil dari meja.

        Aku menarik nafas dan menghembus. Rasa terkejut masih lagi bersisa. Ku tarik nafas dan menghembus sekali lagi. Afril. Masih hidupkah dia? Agaknya kalau dia masih hidup, di manakah dia sekarang? Aaaah! buat apa memikirkan dia lagi? Tak ingat ke apa yang dia dah buat pada kau?! Dia hina kau! Halau kau dari hidup dia! Disebabkan dia hidup kau merana sampai bertahun- tahun!, bentak jiwaku.

        “Ma?”

        “Hmm?”

        “Kenapa? Shila tengok mama diam aje. Kalau mama ada masalah, beritahulah Shila. Mungkin Shila boleh bantu”, ujar Shila menawarkan pertolongan.

        “Mama okay…cuma mama mungkin penat dengan kerja…”, jawabku.

        Shila memandangku dengan penuh simpati. “Mama pergilah depan…biar Shila yang bereskan kerja tu”.

        “Terima kasih”, aku menjawab sepatah.

        “Sama- sama”, jawab Shila penuh kasih.

        Aku ke depan. Aku mencari bayang Shaqina di meja makan. Namun, dia tiada di situ. Aku pergi ke ruang tamu. Lalu, aku tersenyum. Aku lihat Shaqina sedang menonton tv. Aku kemudiannya mengambil tempat di sebelahnya. Shaqina menunjukkan wajah bosannya. Dia menongkat dagunya di tangan sofa. Saluran tv3 malam ini memaparkan drama melayu dalam slot cerekarama. Aku tidak tahu tajuknya. Malas mahu ambil tahu. Mungkin kerana aku juga bosan dengan paparan drama minggu ini. Shila duduk di lantai lalu meletakkan kepalanya di atas pehaku sebaik sahaja dia membereskan kerja- kerja di dapur. Nak bermanjalah tu. Aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.

        “Em…mama…sambunglah cerita tadi. Mama dah janji nak cerita tapi tak cerita- cerita lagi”.

        “Oh ya! Ina pun lupa pasal hal tu. Iyalah ma…ceritalah”. Shaqina memandangku. Begitu juga Shila. Senyumanku semakin lebar. “Okay”, jawabku.

             “Tadi mama cakap yang mama ayik teringatkan ‘dia’ ajekan?”. Mereka berdua mengangguk. “Sejurus selepas itu, ayah mama meninggal, tok wan kamulah. Malang bagi mama pada waktu tu. Bagaikan jatuh dihempap tangga sebab ‘dia’ yang mama maksudkan tadi dapat tahu bahawa mama sukakannya. Lalu…”. Tiba- tiba sahaja aku berhenti. Aku terkenangkan waktu itu…

        “Lalu apa ma?”, Shila menyoal.

No comments:

Post a Comment