Melukis Impian

Melukis Impian Melakar Kejayaan Menembusi Imaginasi

Tuesday, November 29, 2011

Dan Bila Bertemu Ep2


Cerita ini hanyalah rekaan saya semata- mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada pun hanya kebetulan jer...~hahaha~
adapun cuma cerita tentang hidup manusia biasa.
Kalau korang terlepas Dan Bila Bertemu Ep 1, Klik sini

Footnote(hehe...) : Kalau lagu blog ni mengganggu korang...'pause'laa kat bahagian paling bawah kanan blog ni okay...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


        "Nama dia Haiman Islam...cantik x nama dia??"

        "Cantik...pandai anak mama pilih calon menantu untuk mama", selorohku.

        "Mama..!Shila tak fikir sampai ke situ lagi. Mama nih...", rajuk Shila.

        Aku tersenyum. Kadangkala anak2 mudah membuat kita gembira dgn keletah2 mereka. Aku membuat rumusan sendiri. "Mama tak kesah kalau Shila nak bercintan- cintan ni. Cuma, mama harap agar Shila tak terlalu asyik bercinta smpai gadai segala- galanya. Harta, jiwa dan nyawa. Lagi satu, mama harap, teman Shila tu baik, sopan, tau hormat org tua. Dan yg paling penting skali, pegangan agamanya. Faham?", aku memberi nasihat kepadanya. Aku cuma mahukan yg terbaik buat anak2ku. Namun begitu, aku yakin nasihat semata- mata tanpa tindakan yg sepatutnya takkan memberi pulangan yg positif.

        "Shila faham. Shila dgn Haiman masih lg saling mengenali hati budi masing2. Shila pun mngharapkan yg sama dari dia".

        "Mama yakin anak mama ni bijak buat keputusan sendiri. Berfikir secara rasional, bukan ikut kate hati", tambahku.

        "Kalau Ina kan, Ina nak calon suami yg mcm papa. 'Caring', 'loving', pegangan agama yg kuat. hmm...susah nak cari spesis mcm papa. Org inggeris kata 'One In A Million' tau", Shaqina bersuara setelah sedar dirinya 'tiada' dalam perbualan kami.

        "Em..Shila nak tanya...mcm mana mama boleh betul2 yakin yg papa tu untuk mama?", soal Shila.

        "Maksud Shila?"

        "Iye laa...mcm mne mama yakin yg cinta mama hanyalah untuk papa dan tak ada org lain dalam hati mama selain papa", terang Shila.

        Aku tersenyum lagi entah buat keberapa kali aku juga tidak pasti. Aku meramas dagu membuat gaya seperti org sedang berfikir. Lalu, aku tersengih sehingga menampakkan gigiku dan menggeleng kepala seraya  
 berkata "panjang kisahnya. Tapi yg mama pasti, bila waktunya tibe, mama mmbuka hati mama untuk papa dan rupa2nya cinta mama tidak berat sebelah. Papa juga dlm diam cintakan mama". Aku kemudiannya menarik kerusi dan duduk setelah menutup meja dgn tudung saji.

        "Wah, 'sweet'nya...", sampuk Shaqina. "Em...ma, mase mama baya- baya Ina, mama ada "boyfriend" tak?", laju shj soalan itu keluar dari mulut Shaqina. 'Alamak, soalan cepumas ni', bisik hatiku lalu bibirku mengukir senyuman menandakan bahawa aku mengiakan soalan Shaqina.

        "Adalah tu...", Shila dpt mengagak.

        "Amboi, mama pun ada rahsia yg kitorang tak boleh tau ke?", kata Shaqina

        "Mana ada rahsia. Kitakan satu keluarga".

        "Kalau mcm tu, bagitaulah kitorang cerita mama masa muda sebelum papa hadir dlm hidup mama", pujuk Shila. 

        Aku cuma mengekalkan senyuman di bibirku sejak dari tadi.


 Bersambung....

        

No comments:

Post a Comment