Melukis Impian

Melukis Impian Melakar Kejayaan Menembusi Imaginasi

Saturday, May 4, 2013

Video yang sangat bermesej

Assalamualaikum...post menarik untuk bulan ni!!! sebenarnya video ni aku terjumpa dekat dalam laptop ni haah...bila tengok video ni buatkan aku rasa sedih...abaikan tentang unsur agama lain dalam video ni...yang aku nak tekankan dekat sini ialah tentang mesejnya...video ni memaparkan tentang sebuah keluarga campur-cina kahwin dengan india yang baru kehilangan seorang ahli dalam keluarga mereka iaitu si bapa yang merupakan seorang yang berbangsa cina. Seperti kebiasaan, si isteri akan mengucapkan kata-kata terakhir buat si suami sebelum dikebumikan. Namun, ucapannya bukanlah mengenai pujian tentang si suami. Malah, dia menceritakan kekurangan suaminya. Bukanlah dia ingin memburuk-burukkan si suami, tapi dia cuba beritahu kepada semua orang yang menghadiri majlis pengebumian suaminya ter masuk anak-anaknya tentang kekurangan suaminya yang menjadi kesempurnaan di matanya. Like what people say " the little imperfections that make him/her perfect to us ". Diakhir ucapannya, dia menasihati anak-anaknya untuk mencari seorang pasangan yang 'beautifully imperfect' sepertimana ketidaksempurnaan suaminya yang menjadi kesempurnaa baginya.

No comments:

Post a Comment