Melukis Impian

Melukis Impian Melakar Kejayaan Menembusi Imaginasi

Thursday, December 8, 2011

Dan Bila Bertemu Ep 7


Cerita ini hanyalah rekaan saya semata- mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada pun hanya kebetulan jer...~hahaha~
adapun cuma cerita tentang hidup manusia biasa.
Kalau korang terlepas Dan Bila Bertemu Ep 6 klik sini

Footnote(hehe...) : Kalau lagu blog ni mengganggu korang...'pause'laa kat bahagian paling bawah kanan blog ni okay...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


        "Sarah...aku nak cakap dengan kau sekejap", kata Afril tegas, membuat aku tersentak. Elok- elok aku sedang berbual dengan rakan sekelas, tiba- tiba sahaja dia tegur. Tanpa beri salam pula tu. Aku menjadi pelik. Mana pergi 'saya' 'awak' yang selalu dia gunakan? Gaya Afril bercakap seperti ada sesuatu perkara yang penting. Akan tetapi, hatiku berbunga- bunga.

        "Apa halnya?", aku memulakan bicara sambil tersenyum manis.

        "Aku nak kau lupakan aku". Aku tersentak.

        "Apa maksud awak?", tanyaku menginginkan kepastian.

        "Aku dah dengar semuanya. Kau tak perlu tahu dari siapa. Straight to the point, aku tak nak kau menaruh harapan. Lupakan aku. Aku harap kau faham". Afril meninggalkan aku dalam keadaan terpinga- pinga. Bagaimana dia tahu? Setahu aku tak ada siapa yang tahu hal ni selain daripada aku dan Nurul. Tak mungkin Nurul yang lakukannya. Aku yakin bukan dia. Tapi siapa? Kenapa Afril menyuruhku melupakan dirinya? Aku bingung.

        Malam itu, aku tidak dapat tidur. Aku terlalu memikirkan hal ini. Ditambah pula ayah baru sahaja pergi. Pergi meninggalkan aku, ibu dan Ida. Hilang tempat kami bergantung rezeki. Bagaimana Ya Allah? Bagaimana harus aku dan ibu teruskan kehidupan ini tanpa ayah? Ida juga semakin membesar dan seterusnya akan bersekolah. Bantulah aku Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Fikiranku kembali memikirkan hal pagi tadi...siapa yang membocorkan rahsiaku kepada Afril? Yang paling membingungkan, kenapa Afril bertindak sedemikian rupa menyuruh aku melupakannya? Aku mengeluh. Malam itu juga aku menangis.

        AKU terbangun sewaktu azan subuh berkumandang. Aku menyegerakan ibadah pertama pada hari itu. Usai solat, aku mengambil tuala dan ke tandas untuk membersihkan diri. Tandas terletak tidak jauh dari bilik. Aku lihat ibu juga sedang keluar dari biliknya. Kebetulan, aku terlihat wajah sugul ibu. Pasti ibu sedih atas kehilangan ayah, orang yang amat disayanginya. Ibu juga melihat wajahku. Wajah yang penuh dengan masalah. Ku lihat ibu terkejut. Aku cuba melindungi wajahku dengan menundukkan kepala. Aku cepat- cepat lari dari keadaan itu setelahku berasa tidak selesa.

        Aku  tidak mengambil sarapan pada hari itu. Tidak berselera, kataku dalam hati. Selepas mandi, aku bersiap dan terus mengambil basikal di luar lalu ke sekolah tanpa sempat menyalami ibu. Aku juga tidak mahu. Aku berasa tidak selesa. Seperti ibu mengetahui masalah yang aku hadapi saat ini. Dalam fikiranku, aku mengandaikan bahawa ibu pasti menyangkakan masalahku ialah ayah. Memang, itu juga salah satu faktor yang membuatku sedih. Apakan daya, aku hanya hamba-Nya yang harus pasrah dengan ketentuan-Nya. Namun, hal tentang Afril turut menghimpit ruang otakku sehingga aku berasa bingung dan rimas. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Otakku masih belum menemui siapa yang memberitahu Afril tentang rahsiaku. Siapa yang tahu? tak mungkin Nurul. Dia teman baikku. Kadang- kadang kita tak boleh percaya sangat pada seseorang itu walaupun dia teman baik kita, hatiku berbicara. Tapi...

        Piiiin!

        Jeritan hon itu mencantas lamunanku. Aku memandang ke arah kereta yang melahirkan bunyi hon itu tadi. Ku lihat pemandunya sedang marah. "Hoi, tak nampak ke lampu hijau tu!?" Aku tersedar. Rupa- rupanya aku melintas sewaktu lampu hijau.Aku kini berada ditengah- tengah jalan. Aku cepat- cepat ke seberang. Kenapa dengan aku ni?!, aku bermonolog. Aku mengeluh.

        "PERCAYALAH, bukan saya".

        "Habis siapa? saya pelik, kalau bukan awak...siapa? setahu saya awak seorang sajalah yang tahu hal ni".

        "Itu tidak bermakna saya yang membocorkan rahsia awak. Kita ni kawan baik, Sarah. Saya dah janji dengan awak yang saya takkan bocorkan rahsia ni pada sesiapapun. Awak juga tahu saya bukanlah jenis orang yang melanggar janjinya".

        Aku bungkam. Kalau bukan Nurul...siapa?, soalku dalam hati sambil memandang kosong buku latihan Fizik di atas meja. Nurul yang menghadapku itu memandang mukaku di samping meminta supaya aku percaya dengan kata- katanya. Aku mengeluh.
     

  Bersambung....

2 comments:

  1. cepat lah sambung cerita seterusnyaa . tak sabar nak baca nie (: . ep6 and ep7 agak keliru lah . (: .

    ReplyDelete