Aku ade meng'usha' satu blog ni...tuptup keluarlaa pulak entri bertanya kepada blogger tu kenapa dia masih single...secara kebetulannya semua yang dia nyatakan kat dalam blognya sama 100 peratus dengan apa yang ade dalam hati aku selama ni...so inilah sebab-sebab mengapa aku still single...
1. sebab aku pun tak berapa nak pasti sama
ada aku nak bercouple pun tak.. walaupun aku ada syok kat seseorang tapi takde
dalam fikiran aku harap or fikir nak orang tu jadi partner aku.. kalau aku dah rapat dengan orang tu pun dah buat aku rasa happy..
2. maybe aku ni berharap orang lain yang
akan cari aku melainkan aku yang cari orang tu.. macam harap ada seseorang
datang try nak pikat or buat lamaran lah.. but sampai sekarang takde pun orang
buat macam tu kat aku..
3. definisi aku tentang 'macam mana
hubungan orang macam kita' ini seharusnya berlaku adalah agak complicated.. aku
tak lihat daripada segi kalau orang nak berkasih-sayang, mereka perlu declare
tentang hubungan mereka.. misalnya macam kata "he's my girlfriend",
"he's my lover".. but, instead we declare it as 'love relationship',
aku nak ia jadi 'flirtationship'.. maksudnya, 'more than friendship, but less
than relationship'..
4.
aku juga tak ada keyakinan yang orang akan suka/jatuh hati pada orang macam aku
ni.. aku pun tak tahu kenapa.. kalau ada orang kata yang dia suka kat aku,
macam aku susah nak boleh terima hakikat orang suka kat aku.. sebab aku tak
rasa orang akan suka orang seperti aku.. macam aku fikir aku ni bukanlah type
yang usually orang akan suka..
5. tak berkeyakinan pada diri sendiri..
takut kena reject.. mungkin tak rasa diri ini menarik sangat kot.. tapi
hakikatnya rupa takde lah buruk sangat juga..
6. kebiasaannya, aku ada masalah untuk nak
tunjuk perasaan aku kat orang lain.. macam kalau aku marah or tak puas hati kat
seseorang, usually orang lain takkan boleh perasan.. sama lah kalau aku kalau
suka pada seseorang..
7. sebahagian dari diri aku still fikir
hubungan perasaan adalah sesuatu yang agak lain.. sebab itu aku teragak-agak
untuk bercinta.. dan kerana itu juga lah, sebalik kita anggap ia adalah
hubungan cinta, alternatifnya aku nak ia jadi satu 'flirtationship'.. sebab aku
fikir ia adalah pilihan yang lagi bagus, daripada rasa bersalah untuk bercinta ..
sebab aku ni biar pun tak alim, but memang timbul rasa bersalah kalau aku
bercinta.. rasa bersalah pada Tuhan lah..
8. mungkin sebab aku tak romantik.. jadi
fikir rugi lah kalau orang dapat lelaki macam aku ni..
9. sampai mana hubungan ini akan bertahan??
tapi pada masa yang sama, memang ada wujud perasaan untuk mahu disayangi oleh
someone yang kita sendiri pun sayang juga..
10. aku tak tahu sama ada aku betul-betul
jatuh cinta atau pun ia hanya sekadar satu mainan perasaan kalau aku suka
seseorang.. usually memang ia hanya satu mainan perasaan je.. sampai sekarang,
aku pun tak pasti sama ada aku benar-benar pernah jatuh cinta ataupun tak.. and
sebab tu lah, kalau aku jatuh hati pada seseorang, aku akan pastikan
betul-betul kalau perasaan aku itu benar-benar telus..
11. aku fikir aku ni jenis yang tak laku.. even ada je yang kata aku ni muka elok je.. tapi serius aku cakap, aku fikir aku jenis yang tak laku..
hahahaa.. lawak lah.. :D
ReplyDeletebiasala tu...dh name pun remaja
ReplyDelete