Hai guys! Akip hari ni ade benda nak share dgn korang...so
siapa yang kebuntuan idea nak buat karangan tu...harap- harap dapatlah
membantu...insyaa Allah...
Biar Akip cerita sikit pasal karangan ni...sebenarnya
karangan ni adalah hasil daripada kerahan otak Akip waktu exam Peperiksaan
Pertengahan Tahun (PPT)...mungkin ada sikit kekurangan tapi tak ada manusia
yang sempurna...kan?
Dewasa
kini, isu salah laku disiplin bukan sahaja sering menjadi buah mulut orang
ramai malah sudah menjadi isu basi yang meniti daripada mulut ke mulut
jagatraya ini. Statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 53 peratus remaja
Malaysia mengalami kebejatan moral yang kritikal dan kerap kali menyumbang
kepada peratus salah laku yang kian meningkat dari hari ke hari. Kesedaran
tentang peranan- peranan penting yang harus mereka galas di pundak mereka
seperti tidak mendapat tempat dalam sanubari mereka. Remaja sekolah kini masih
leka dengan fantasi dunia sehingga tidak mengamalkan moral- moral yang baik dan
sukar untuk berdisiplin. Justeru, sebagai seorang murid atau remaja sekolah,
terdapat beberapa peranan yang dapat saya sumbangkan untuk membantu pihak
sekolah dalam membanteras salah laku disiplin rakan- rakan di sekolah saya.
Pengawas
sekolah berfungsi untuk membantu pihak sekolah serta guru- guru dalam
memastikan sekolah sentiasa dalam keadaan yang terkawal. Pengawas sekolah ini
dilantik oleh guru- guru dalam kalangan pelajar yang berdedikasi dan
bertanggungjawab. Namun, saat ini, terdapat segelintir pengawas sekolah yang
bangga akan pangkat seterusnya menjadi malas untuk melaksanakan tanggungjawab
mereka. Oleh itu, peranan pertama yang mampu saya mainkan ialah menjadi
pengawas yang berkaliber serta tidak bangga akan pangkat saya. Dengan cara ini,
saya dapat membantu pihak sekolah mengurangkan salah laku disiplin. Contohnya,
jika terdapat pelajar yang membuli, saya boleh menulis nama mereka dan
melaporkannya kepada pihak pentadbir agar tindakan yang setimpal dapat diambil.
Hal ini mampu mengurangkan bilangan kes salah laku sekolah.
Selain
itu, antara peranan yang boleh saya sumbang terhadap pihak sekolah dalam kes
salah laku disiplin ialah membawa pengaruh yang positif kepada rakan sekolah
saya yang tersasar ini. Menurut kata Dr. Ary Ginanjar Agustian, seorang
motivator yang berasal dari Indonesia dalam salah satu programnya, “salah satu
faktor menjadi ketua dan menghapuskan yang bathil ialah seseorang itu haruslah
berpengaruh”. Berdasarkan ungkapan beliau saya menjadi yakin bahawa membawa
pengaruh positif kepada rakan pelajar saya yang nakal itu akan dapat
mendorongnya tidak lagi melakukan kesalahan disiplin. Walaupun bukan mudah
untuk melaksanakan usaha tersebut, namun sehari selembar benang lama- lama
menjadi kain.
Di
samping itu, saya juga dapat menurunkan bilangan kes salah laku disiplin dengan
menasihati mereka. Setelah menjadi pengawas sekolah yang berkaliber dan bertanggungjawab
serta berpengaruh, mendekatkan diri dan menasihati mereka yang kebejatan moral
menjadi lebih mudah. Menurut hadis Rasulullah S.A.W. , “nasihat- menasihati
akan menjadi kurang pada akhir zaman”. Jadi, saya ingin menegakkan yang hak dan
menghapuskan yang bathil melalui peranan menasihati ini. Sebagai contoh,
apabila terdapat yang membuang sampah merata- rata dalam kawasan sekolah, saya
akan menasihati mereka dengan berkata bahawa mereka telah memburukkan imej
sekolah serta diri mereka sendiri. Tegasnya, dengan menasihati mereka, aktiviti
salah laku disiplin dapat dikurangkan.
Bukan
itu sahaja, saya dengan bantuan guru kaunselor akan membantu mereka menjadi
baik. Segelintir pelajar melakukan kesalahan disiplin adalah berpunca daripada
permasalahan keluarga, permasalahan hubungan dan lain- lain. Hal- hal
sedemikian telah memberi tekanan kepada mereka dan akhirnya melakukan kesalahan
disiplin dan melanggar peraturan sekolah dek mahu mencari keseronokan. Justeru,
saya bersama- sama guru kaunselor dapat menawarkan diri untuk membantu mereka
berbekalkan simpati yang mengusik sanubari. Memberi kaunseling kepada mereka
merupakan contoh yang terbaik demi membantu mereka keluar dari gelombang
hedonisme yang akhirnya menyebabkan kes salah laku meningkat.
Akhir
sekali, saya akan berbincang dengan para pentadbir sekolah agar undang- undang
sekolah diperketat dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Undang- undang yang luwes dan
tidak dikuatkuasakan sepenuhnya tidak akan dapat mengurangkan kesalahan
disiplin pelajar, malah ia hanya menyumbang kepada peratusan salah laku pelajar
yang meningkat naik kini. Sekolah yang terbilang diukur pada undang- undangnya
yang ketat. Tamsilannya, pelajar yang melakukan kesalahan berat seperti membuli
haruslah dikenakan tindakan buang sekolah. Jadi, pada pendapat saya kaedah
perdana ini mampu mengurangkan salah laku pelajar.
Deduksinya,
kesemua peranan yang dapat saya sumbangkan untuk membantu pihak sekolah dalam
menangani kes salah laku disiplin pelajar sekolah saya tersebut mampu menjadikan
sekolah- sekolah di Malaysia menjadi terbilang. Semua pihak hendaklah bahu-
membahu agar masalah ini dapat kita bendung bersama supaya aspirasi negara dan
harapan pemimpin untuk mengejar kemajuan dan ketamadunan negara tidaklah
sekadar angan- angan Mat Jenin.
(659
patah perkataan)
MCM MNE NAK BUAT KARANGAN YG BRTAJUK KENAPA KAMU INGIN MENJADI PENGAWAS SEKOLAH
ReplyDeleteSebenarnya, saya tidak mahu menjadi pengawas tetapi para guru memaksa saya kerana nilai kepimpinan saya yang yang tinggi dan mempunyai rupa yang yang kacak. Huhuhuhuhu
Deletebarangkali kita harus meletakkan diri kita dalam situasi -terlalu ramai pengawas dalam sekolah kita-...apa fungsi sebenar kita sebagai pengawas?
ReplyDeleteMacam mane nak buat kalau dia tnya peranan anda memupuk budaya penyayang
ReplyDeletePertama skali, pastikan pendahuluan anda disertakan dgn masalah yg berlaku pada masa ini. Huraikan masalah tersebut dalam satu ayat. Kemudian, berikan Ayat Contoh atau Ayat Bukti utk membuktikan masalah yg anda sertakan awal tadi. Lepas tu, berikan Ayat Kesan, Ayat Ramalan dan akhir sekali Ayat Arah.
ReplyDeleteSpt situasi anda, masalah:kurangnya budaya penyayang. Berikan Faktor/Punca masalah itu cth: masalah kurangnya budaya penyayang yg berpunca drpd pengaruh2 barat. Huraikan ayat tersebut dlm satu ayat. Kemudian beri ayat Contoh atau Ayat Bukti utk buktikan masalah tu...Bagi Ayat Kesan, Ayat Ramal dan Ayat Arah, pastikan ayat anda berbau matang agar pendahuluan anda mantap...utk perenggan seterusnya, gunekan formula:
Ayat Isi
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Kesan
Ayat Ramal
Ayat Penegasan
Insyaa Allah karangan anda akan menjadi matang dan seimbang...
mcm mne plak kalo di mntk..BUDAYA PENYANG DI SEKOLAH..
ReplyDeleteperanan pelajar..peranan guru..peranan ibu bapa
super i like it yaa
ReplyDeletekenapa pelajar yang dah cukup syarat nak jadi pengawas tapi tak dilantik ?
ReplyDeleteContoh ayat ramal mcm mne
ReplyDeleteTq bagi informasi akif😋
ReplyDelete