Melukis Impian

Melukis Impian Melakar Kejayaan Menembusi Imaginasi

Thursday, November 22, 2012

Dan Bila Bertemu Ep 8


Cerita ini hanyalah rekaan saya semata- mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada pun hanya kebetulan jer...~hahaha~
adapun cuma cerita tentang hidup manusia biasa.
Kalau korang terlepas Dan Bila Bertemu Ep 7 klik sini
Footnote(hehe...) : Kalau lagu blog ni mengganggu korang...'pause'laa kat bahagian paling bawah kanan blog ni okay...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

"PERCAYALAH, bukan saya".

"Habis siapa? saya pelik, kalau bukan awak...siapa? setahu saya awak seorang sajalah yang tahu hal ni".

"Itu tidak bermakna saya yang membocorkan rahsia awak. Kita ni kawan baik, Sarah. Saya dah janji dengan awak yang saya takkan bocorkan rahsia ni pada sesiapapun. Awak juga tahu saya bukanlah jenis orang yang melanggar janjinya”

Aku jadi bingung. Kalau bukan Nurul...siapa? soalku dalam hati sambil memandang kosong buku latihan Fizik di atas meja. Sudah hampir satu jam kami duduk di situ. Cikgu Zahira yang sepatutnya dijadualkan masuk ke kelas kami tidak muncul-muncul dari tadi. Nurul yang menghadapku itu memandang mukaku di samping meminta supaya aku percaya dengan kata- katanya. Aku mengeluh buat kesekian kalinya.

“Baik, saya percayakan awak. Saya cuma…”

“Saya faham…lagipun ayah awak baru saja meninggal dunia. Awak sedang tertekan. Jangan ikutkan perasaan awak tu. Berfikirlah secara rasional.”

Aku memandang mukanya. Mata Nurul yang sepet itu menjadi sasaranku. Aku merenung matanya. Dari situ, aku dapat melihat keikhlasannya. Aku cuma tersenyum hambar.

Nurul yang dapat merasakan bahawa senyumanku itu seperti dipaksa-paksa bersuara, “sudahlah…jangan terlalu memikirkan hal ini, nanti pelajaran ke mana, hidup ke mana. Saya tak mahu kawan baik saya tak ada masa depan.”

“Hish! Ke situ pula awak”, lalu aku tersenyum.

“Haa…bila awak senyum barulah comel sikit muka awak yang tak berapa nak comel tu.” Aku menarik muka masam semula.

“Eleh…merajuklah tu.”

Sejurus kemudian kami ketawa bersama-sama. Topik tadi turut hilang bersama-sama dengan gelak tawa dan senyuman yang terukir di bibir.

Aku sangka masalah tadi dengan senang sahaja boleh dilupuskan daripada minda. Namun, aku silap. Ini semua gara-gara aku terlihat kelibat Afril di gerai makan Pak Tam sedang membeli tiga bungkus teh ais. Aku juga nampak kelibat Laili dan Khairunnisa di situ. Entah mengapa cemburuku menjelma secara tiba-tiba. Ya, cemburu. Kerana aku lihat mereka kelihatan sungguh mesra. Layanan Afril terhadap Laili dan Khairunnisa sangat baik. Terutamanya Laili. Aku terkilan. Perwatakan Afril sungguh berbeza berbanding semalam. Aku mengetap bibirku.

Memang, kalau hendak dibandingkan aku dengan Laili, bagaikan langit dengan bumi. Laili mempunyai segala-galanya. Dia datang daripada keturunan yang kaya-kaya. Wajahnya cantik, putih dan tampak sungguh menawan. Dia juga seorang yang baik, bijak dan lemah-lembut. Memang sesuai dipadankan dengan Afril, seorang anak muda yang berkarisma, pandai, kacak dan maskulin. Ibu bapa Afril juga merupakan orang yang kaya. Semua yang Afril inginkan pasti ditunaikan.

Aku tidak meminta untuk dia melutut di depanku. Cukuplah sekadar dia melayan aku seperti dulu. Aku cepat-cepat beredar dari situ. Takut kalau-kalau mereka perasan akan kehadiranku. Juga, tidak mahu merosakkan kemesraan mereka.

Langkah kakiku terasa berat. Sejak tadi, aku menuntun basikal sampai ke halaman rumah. Fikiranku berserabut saat ini. Betul-betul berserabut. Aku memberi salam sambil membuka kasut baru pemberian arwah abah. Kasut itu memaku perhatianku. Kasut itu merupakan hadiah terakhir daripada arwah abah dan mungkin juga hadiah terakhir dalam hidupku kerana ibu tidak mungkin mampu untuk membelikan aku hadiah dek kekurangan wang. Abah! Sarah harap abah dilindungi Allah di ‘sana’. Jawapan salam daripada ibu mematikan lamunanku. Dengan perasaan sedih, aku melangkah masuk ke dalam rumah.

Ayam masak lemak cili api menjadi santapan kami sekeluarga pada tengahari itu. Suasana menjadi hambar. Satu suara pun tidak terlontar sejak tadi. Hanya suara comel Ida yang ku dengar. Ibu yang perasan akan kehambaran itu memulakan bicara.

“Macam mana sekolah harini?”

“Alhamdulillah…semuanya ok,” jawabku seadanya. Aku memandang ibu. Wajah ibu kelihatan penat. Pasti disebabkan kerja. Ibu banyak mengambil upah menjahit, menoreh dan mencuci pakaian sekarang. Tidak seperti dulu, ibu kini harus membanting tulang demi mencari rezeki untuk menyara kehidupan kami. Aku kasihan melihat ibu. Tapi, apa yang mampu aku buat? Tidak ada!        “Lepas makan, tolong basuhkan pinggan ibu ya? Ibu nak ke atas,” kata ibu sambil mendukung Ida.

“Baik ibu,” sambutku.

Usai makan, basuh pinggan mangkuk, membersihkan diri dan solat, aku merebahkan diri di atas katil usangku. Fikiranku mula menerawang tentang peristiwa di gerai Pak Tam tadi. Semakin aku memikirkannya, semakin terluka hatiku. Biarlah Sarah. Perjalanan kau masih panjang lagi. Jangan terlalu memikirkan tentang Afril aje. Ada betulnya kata-kata Nurul tadi. Kalau asyik serabut memikirkan masalah ini, pelajaran ke mana, hidup ke mana. Sekarang ini kau harus fokus untuk mengubah nasib kau, Sarah. Hrm…tak lama lagi akan bermulanya cuti bulan Mac. Mungkin tempoh cuti yang ada ini merupakan masa yang paling sesuai untuk membantu ibu bekerja. Paling tidak mencuci pakaian ataupun mengemas rumah. Aku mahu meringankan beban ibu. Itu azamku cuti yang akan menjelang nanti.

Tuesday, June 5, 2012

Resepiku Resepimu jua

Assalamualaikum....hai hai!!!how are you??!!apa di atas!(what's up)...korang semua baik-baik aje kan?harap-haraplaa...Hmmm...lamor dah tak bukak blog nih....~cough! cough!~uhuk uhuk...terbatuk pulak....mane taknye...blog ni berhabuk bebenor...well...dah lame tak balik sini...asyik duk asmara aje...kat asmara tu bukan boleh online...kalau nak pun terpakse pegi pekan...dari situ ke pekan bukannye dkt...haha...

Korang!!!!apew kabar??rindu I tak??I tahu U Allsszz rindu dekat I tahaps gabanssz kan??-haha sejak biler tukar gedik nih?? haha ye ye je rindu...Akip tau yang korang semua dah lame tak tgk post2 Akip yang merapu tu...Merapu ker?? OOwwhh A.A.K. ...hahaha....Korang....nak tau tak haritu...adik sedara Akip punya hari jadi!!!-kalau yang tak nak tau tu buat-buat aje nak tau ya...haha... Oh well, hari jadi tu berlangsung dgn sungguh gemilangsszz nyer!!!-haha teruk ejaan aku...herm...tapi kitorang sekeluarga takde laa jemput buat kenduri berbagai....cuma kenduri dalam rumah aje...dgn keluarga terdekat...ade kek, nasi, mee, serunding, sayur tempe, ayam, pinggan, mangkuk, cawan, meja, ect.....hahahehe...

Tapi hari ni, bukan tu yang Akip nak kongsi(lu langsi lu mati) dgn korang....what I'm gonna share here is....Resepi Nasi Ambeng!!! WOW!!...nasi ambeng tu ape???

Nasi Ambeng merupakan salah satu makanan tradisional tempatan yang lazat dan masih popular dikalangan masyarakat melayu keturunan Jawa yang tinggal di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Nasi Ambeng bukan sahaja popular dikawasan tersebut malah ia masih menjadi makanan yang masih digemari oleh masyarakat jawa yang sebahagian besar tinggal di Pulau Jawa Indonesia dan orang tua-tua mengatakan bahawa makanan ini berasal dari Pulau Jawa. Diceduk dari homestayairmanis.com


Mase sambut hari jadi adik sedara Akip tu, Tok Mak, Mama and Mak Ngah Akip ade jugak buat nasi ambeng sebagai juadah mkan tengahari...SEDAP!!!!Macam-macam ade...Ayam, nasi, mee goreng jawa, serunding, sayur campur tempe and ikan masin....tapi lauk tu kitorang tak laa makan kt dalam dulang...cuma sekadar di dalam pinggan....hehe...kalau tak percaya tengok nih...




Resepi nye senang aje....Pertama...


Nasi Putih-tanak aje nasi putih dalam periuk atau watcha call that as 'rice cooker'


Ayam masak kicap-


Bahan-bahan ( 1-2 orang )
1 bahagian paha ayam
garam kunyit secukupnya
minyak untuk menggoreng
1/2 biji bawang besar -hiris nipis
2 ulas bawang puting- mayang
1cm halia- cincang halus
kicap pekat manis secukupnya
2-3 biji cili padi- potong dua
1-2 batang cili hijau

Cara-cara
Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan
Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.
Siap sudah!!!


Sayur campur Tempe-Resepi ni nenek Akip je yang tau...Akip tak tau...alaa senang2 Buat aje tempe goreng...

Serunding kelapa-boleh beli di kedai...atau beli serbuk kelapa dan goreng sehingga cokelat kekuningan...


Ikan Masin-boleh beli di kedai...


Mee Goreng Jawa-


Bahan-bahan
mee kuning
Bawang merah yang dihiris
udang kering
ikan bilis
Bawang putih
cili padi
Kicap

Cara-cara
Tumiskan bawang merah sehingga naik bau. Setelah itu, masukkan udang kering yang telah ditumbuk dengan bawang putih, ikan bilis dan bawang merah. Tumis dan biarkan ia sehingga naik minyak. Jika suka akan kepedasan, masukkan cili padi sama ada dihiris ataupun tidak. Setelah itu, masukkan mee kuning dan gaulkan sehingga sebati. Namun, warnanya tetap kekuningan. Setelah itu, tuang kicap ke dalam masakan dan gaul mee tersebut sehingga bertukar warna. Goreng sekejap dan Siap!!!!


Tu lah antara resepi yang Akip tau dari Tok Mak Akip...Kecuali ayam masak kicap....Akip tak berapa ingat resepi Tok Mak...so, Akip ambik resepi tu dari http://www.myresipi.com...

walau ape2 pun...harap korang dapat cuba....kalau tak nak cuba dah...duduk je diam kat situ....-hahaha jahat aku nih...puih...sehingga kita berjumpa lagi!!!! nama saya Shakif Bin Suhaimi dalam rancangan 'Resepiku Resepimu jua' selamat tinggal dan Assalamualaikum.....



Saturday, February 18, 2012

Pengalamanku...perkongsian untukmu...

Assalamualaikum....:-)...Apa habak??smua ok ka??- Aik?? kenape tukar loghat pulak ni???ape- ape je lah...salam sejahtera buat semua makhluk Allah S.W.T....moga- moga Awak semua sihat!!!berada di bawah lindungan- Nya....hurm...semalam penat sesangat(sangat- sangat) yelaa...mane taknye...naik KTM buat kali pertama...bayangkan la...from SM Sains Tapah, Perak....straight to KL Central....

Akip bertolak petang haritu....naik teksi...hish...rasa mcm nak marah tau mula- mula...Hah?? knape??sebab ade laa sorang hamba Allah tu...lambat kemas barang- barang...Impaknya-(Amboi bombastiknye ayat) dari pukul 5.40 petang sampai 6.05...semata- mata nak menunggu penumpang yang DIRUJUK td....-(poyonye...die pun lambat jugak...hehe) but atleast tak lambat sangat...Azz...Azz...nasib baik laa Azz tu perempuan...sabar....well, lepas tu Akip, Azz, Khairil(Same sekolah mase form 3 kt SEMESTIB) dan beberapa orang sahabat handai pegi ke Tapah Road naik teksi dgn tambang yang berharga RM 20.00....

After that-(lepas tu), kitorang sampai kt sana...Acik India teksi tu buat muka selamba je...padahal dlm hati dah terbakar...sebab KITORANG lambat td...hehe...lpas dh bayar duit...kitorang duduk- duduk kt tempat duduk kt situ-(of course tempat duduk untuk duduk...hahaha) banyak perkara yang kitorang bualkan kt situ....kitorang crita pasal sekolah baru(SM Sains Tapah)...then crite pasal sekolah lama(SMK Seksyen 3 BK)...lepas tu kawan- kawan baru kitorang pun crita pasal sekolah lama diorang(SMK Bukit Jelutong)...then crita pasal PMR 2011...macam- macam lagi...best crita pengalaman masing...secara tidak langsung dpt mengeratkan lagi hubungan antara kawan- kawan...UKHUWAH kate org islam...sebok kitorang bercrita sampai KTM sampai...



Well, apa boleh cakap...KTM sekarang ni dah tak macam dulu...sekarang ni dh moden...siap ade tv...ade plak untuk charge phone ke, laptop ke, atau ape- ape je yg sewaktu dgnnya....keadaan dlm KTM tu sgt- sgt kondusif...kitorang borak- borak sampai ke KL central...tidur?? tak...sebab dh sebok berborak....hehe...

lepas dh sampai tu...kitorang ikhtiar cari LRT untuk ke bukit jalil ...Khairil call mama die...mama die....mama die kata naik LRT pegi bukit jalil....nanti ade org 'fetch'...mase tu langit tak lagi cerah...hanya berbaki sinran cahaya bulan dan kilauan bintang yang menghiasi malam-(ceh ceh...Ayat nak gempak aje)...maknenye dh malam laa...hahaha....mase kt bukit jalil tu...OMG!!! my mommy and daddy are already waitin'...I'm surprised bebeh...hahahaha...mama Akip cakap yang td dia pegi KL Central...tp bile dh tahu daripada mama Khairil yang kitorang ade kt bukit jalil....terus mama dgn papa pegi situ...marah tu kene laa jugak...tapi takpe...itu kan marah- marah sayang...so lepas tu kitorang balik and buat keje masing- masing...tidur awal untuk besok....BESOK??? BESOK ADE APE????!!!

"Shakif bin Suhaimi"....nama tu yang dipanggil sewaktu Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR 2011....Akip dapat 8A's...Alhamdulillah....Namun bukan tu je...Akip turut dapat Anugerah Tokoh Kecemerlangan PMR 2011....Akip bersyukur ke hadrat Ilahi...Allah telah mengizinkan Akip untuk dapat semua tu....Alhamdulillah...IsyaAllah Akip akan berusaha untuk dapat 'Straight A's' dalam peperiksaan SPM nanti...Amin...



Footnote: Akip bersyukur....terima kasih kepada Allah...terima kasih kepada mama, papa, semua cikgu yang pernah mengajar Akip dan yang tengah mengajar Akip...semua kawan- kawan LAMA dan baru....TERIMA KASIH BANYAK2......Assalamualaikum....

Friday, February 3, 2012

I'm Back!!!

Assalamualaikum....KAWAN2!!!!....I'm back...!!!recently...from SM Sains Tapah, perak...atau lebih glamour sikit...SESTA...Amat cantik menarik tertarik kau mmg Da Bomb...sekolah tu best...tp SEMESTIB tetap di dalam hati...Alhamdulillah...setakat ni masih tak ade kes buli direkodkan...tp kene tetap berhati2...takut nnt kite jd mangsa...

I'm sure korang rindu Akip teramat sangat...Akip pun rindu dgn korang...dh lame tak update blog ni...terbengkalai sekejap mase Akip tak ade...walau apapun...Akip tetap nak tulis and post...sampai korang jemu membacanya...haha...-padahal tak ade siape yang bace blog die...(perasan)...

SPM akan menjelang...walaupun nampak mcm jauh lg...tp setiap cikgu dan senior akan cakap mcm ni..." Kalau nak cemerlang SPM, kene start belajar dari form4...form4 is not a honeymoon year..." Bila fikir2 balik, cabaran tu mmg besar sangat...sekarang ni...saingan dlm matapelajaran sgt2 tinggi...ye laa mana taknye...bebudak zaman sekarang ni...dh makin pandai...susah nak jadi terbaik daripada yang terbaik...btul tak???

So, korang pun kene bekerja keras untuk jadi yang terbaik...insyaAllah kalau Doa + Usaha = Kejayaan...tapi kalau sebaliknya yang terjadi walaupun dh berusaha dan berdoa...itu merupakan satu ketentuan...Ingat!!

footnote: rindu kawan2 SEMESTIB...

Tuesday, January 17, 2012

Selamat Tinggal...

Assalamualaikum...:) happy2...kepada semua org yang akan ke sekolah asrama penuh atau teknik atau sewaktu dengannya!!!pasti pengumuman yang ditunggu2 merupakan perkara yang paling menyeksakan....



Buat semua rakan2ku, dengarlah bisikan dariku, terima kasih...keranan telah menjadikan hidupku penuh dengan senyuman. Aku mohon maaf dan ampunkan aku. Hatiku bagai dihiris2...Knape?! biarlah rahsia....akan tetapi aku akan tetap menganggap kawan2 aku sebagai sebuah keluarga. Tak pernah walau sedikitpun berniat mengabaikanmu sahabatku...tolonglah ampunkan aku...kuncilah sendumu...aku mohon...

Semua silap dan salahku, aku mohon kau ampunkan...kasarnya bahasaku...sakitnya perbuatanku padamu...aku tidak sedar...terlalu ikuti hati dan perasaan...sekarang ni aku terfikir kenapa aku selalu menyakitkan hatimu(sesetengah dari rakan2ku)...padahal dirimu selalu menjagaku...hatiku...persahabatan kita...tapi aku tetap bersyukur...sejak dari kita bertemu...hingga sekarang...persahabatan kita yang terjalin akanku sisip rapi dalam diariku yang kini sudah bergelar remaja....

Dan aku juga mohon agar jgn jadikan 'out of sight, out of mind' sebagai prinsip hidupmu...aku mohon...Aku akan selalu mendoakanmu...

Assalamualaikum...Salam perpisahan.....

Wednesday, January 11, 2012

Marah?! Buat apa?!

Assalamualaikum...:)...Gud morning!!- haha...morning laa sangat, pukul 12.13 pagi...korang!! buat ape tu? rindu kat Akip tak?! mesti meluat kan?post memacam aku bagi...takde laa bukan ape...saje nak lepaskan geram...

Tadi, baru je siapkan keje sekolah...Fuhh! Alhamdulillah siap jugak...bukannya ape..bukan tak boleh nak siapkan mase sekolah atau lepas sekolah, cuma ade banyak kerja yang cikgu bagi...- Banyak ke? tahla...well, petang tadi sirius sibuk...nak kene jadi fasilitator untuk budak2 form 2...dari 2 Krk sampailaa ke 2 Belian...semalam, budak form 1...naye2...penat jugak jadi fasilitator ni. Sekarang ni dah tak tau nak buat ape...tu yang dok sibuk bukak blog and post ...

Harini, rase stress sangat...tak taulaa kenapa...mungkin sebab peredaran masa kot...atau mungkin tahun baru...kot...haha mano laa den tau...tak pasal2 tetibe je stress...hurm...rase nak marah orang pun ade jugak...tapi buat ape...ape yang aku boleh dpt bila aku hamburkan marahku pada orang lain...tak berguna...lagian dalam islam itu pokoknya harus sabar dlm setiap keadaan...gak bisa marah2...ntar nanti cepat kreputt...haha-bile tukar bahasa pulak ni??

Alololo...tomey nye...

Kemarahan ialah satu ekspresi perasaan yang ekstrem mengenai sesuatu yang anda tidak suka. Mempunyai perasaan marah bukan perkara buruk kerana ia menunjukkan kita manusia normal. Malah, ada pakar berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kita.- Diceduk dari www.nizamonline.com


gambar baby lagi...mahal tau kening tu!!

So, kalau korang terfikir nak memarahi seseorang...fikir dua tiga kali dulu...kalau marah korang tu akan memburukkan lagi keadaan...baik simpan aje marah tu...buat2 berzikir dlm hati...tapi...kalau marah korang akan membawa kepada positif...silakan...adakalanye kita peru marah untuk kebaikan...Contoh: seorang cikgu yang nak kawal satu kelas...-kawal sorang murid aje pun dah bagai nak melalak dibuatnya...ni pulak satu kelas...So, faham??klau tak fhm tu pun...fhm2 je laa...- jahat aku ni hehe...

Apa2 pun, itu saja ceramah saya pada pagi yang indah lagi sejahtera ini- ceh ceh...dah mcm pakar motivasi pulak dah...kalah Cikgu Fazli dgn Cikgu Woo...haha~Sorry Teacher~...harap kita bertemu lagi pada hari yang berbeza dan waktu yang berlainan...hanya di...Dunia Remaja Akip!!(Tepuk tangan sorang2)...

Saturday, January 7, 2012

Komitmen

Assalamualaikum...:) wah...semenjak duamenjak ni kan...semua orang happy sajer...knape yek?? Penangan tahun ker?? well, apa2 pun aku x kisah ...asal korang happy sudah...hurm...kawan2 aku pun mcm tuh...semua happy...kecuali ade sorang laa...nme?? kite rahsiakan...mne boleh bagitau...

So, biaselah...kwn baik aku ni...hmm...dh nme kawan baik, mestilah kene hargai...kene layan die mcm 'kwn baik'...malangnya aku gagal...mngkin sebab Ego yg terlalu tinggi...kesian dia...alololo...sbenarnya dia mrajuk-hmm..mcm 'mak jemah' je...haha sori..

Tapi, mmg patut pun Si Polan ni mrajuk...sebab...dlm hubungan- tak kiralah hubungan persahabatan, percintaan, etc..~kita mesti memberi komitmen...KOMITMEN...fhm?? kalau x faham tu buat2 je laa fhm...hehe

Komitmen, merupakan satu janji  pada diri kita sendiri mahupun orang lain...dlm islam, janji mesti ditepati...kalau x...berdosa...

Selain itu, maksudnya...memberi perhatian- ceh ceh..pandai2 je aku ni...tah btol ke tak tu...-haha so, it means kita kenelaa memberi perhatian kpd kwn kita sewaktu bersama dengan mereka...- karang nnt diorang salah anggap yg kita ni terlebih...- takpe...asalkan kita 'bagitahu' kwn kita tu yg kita btol2 nk kwn dgn dia...jadi, apa yg ditakutkan kalau diorang kate kita terlebih...tambah2 dlm hal percintaan- wow wow wow...dh terlebih aku ni...umur baru stahun jagung...jagung pun umur stahun masih baby lagi...haha apa2 je laa...

Mengikut kata pakar, perkara yg harus dipupuk dlm sesebuah komitmen ialah kepercayaan. Klau dlm hubungan percintaan, kepercayaan boleh mnjadi sebuah ungkapan cinta yang sgt kukuh...kata org tua2 kukuh macam menara condong dkt Perak...haha btol ke org tua yang cakap??!haha...