Nafasku kedengaran tercungap-
cungap. Peluh sudah mula membasahi dahi, pipi dan tubuhku. Sejak tadi, nyawaku
terasa bagai diancam. Aku meneruskan langkahku yang laju di tengah- tengah Hutan
Simpan Perak dalam keheningan malam itu.
Kepekatan malam sudah tidak aku takuti lagi. Perkara yang aku takut sekarang ialah
kalau- kalau orang Mat Salleh itu mencari aku. Aku yakin jika dia menjejakiku,
dia tidak mungkin memburuku dengan tangan kosong. Pasti dia akan membawa pistol
ataupun senapang. Gerun aku memikirkannya.
Aku simpan sehelai surat usang yang
berada dalam genggamanku itu ke dalam beg sandangku. Tiba- tiba aku terdengar
bunyi ranting patah. Aku terkejut dan terus membuka langkah seribu. Mat Salleh
itu sedang mengekoriku. Itulah yang terlintas dalam benakku. Aku teruskan
berlari sehingga ke hujung hutan. Di situ aku terlihat satu cahaya. Aku
menyusur keluar dari hutan itu dan menuju ke arah cahaya itu. Cahaya itu
membawaku ke sebuah rumah tunggal 80- an tapi masih berpenghuni. Cahaya tadi
datangnya dari mentol rumah itu yang kelihatan masih baru. Pasti ada orang yang
tinggal di sini.
Aku menuju ke muka pintu
memandangkan rumah itu tiada berpagar. Pintu kayu yang menampakkan tanda- tanda
pintu itu sudah lama di situ ku ketuk. Aku perlu segera berlindung di dalam
rumah itu kerana aku dapat rasakan bahawa keselamatanku terancam jika aku masih
berkeliaran di luar. Tidak lama kemudian pintu rumah itu dibuka.
“Ya, cari siapa encik?” Seorang
lelaki cina dalam lingkungan umur 30- an muncul di muka pintu dan bertanya kepadaku.
“Err...nama saya Mustaqim. Begini
encik, saya sebenarnya dalam keadaan bahaya. Boleh saya tumpang duduk di rumah
encik sementara menunggu siang?” Kataku tidak menjawab soalan lelaki cina itu.
Lelaki cina itu menjemputku masuk.
Aku memandang kiri dan kanan sebelum membuka kasut dan masuk ke dalam rumah
setelah yakin Mat Salleh itu tiada di situ.
“Silalah duduk, “ ujar lelaki cina
itu dengan ramah sambil menutup pintu rumahnya.
“Terima kasih, encik... “
“Yung Ren. Panggil saya Yung Ren, “
jawab Yung Ren memperkenalkan dirinya.
Aku mengangguk tanda faham. Aku
seterusnya mengitarkan pandangan ke segenap ruang rumahnya. Setiap sudut aku
perhatikan terdapat artifak- artifak dan akhbar- akhbar yang memuatkan rencana
tentang sejarah Malaysia.
“Err...boleh saya tanya? “ Yung Ren
meminta izin bertanya.
“Silakan. “
“Awak sedang lari dari siapa? “ Aku
terpana seketika. Dia macam sudah tahu apa yang terjadi padaku sebentar tadi.
Ya, memang aku sedang melarikan diri. Melarikan diri daripada orang putih
durjana itu. Orang putih yang tamakkan harta!
Aku mengeluarkan surat usang yang
tadinya ku simpan dan menunjukkan kepada
Yung Ren.
“Surat ini saya jumpa di rumah
seseorang yang saya agak bahawa dia merupakan orang putih. “ Aku melurutkan
kesan remuk pada surat yang bertulisan jawi itu itu. Mungkin sewaktu aku
tergesa- gesa berlari tadi surat itu menjadi komot.
“Boleh awak bacakan isinya? Saya tak
faham tulisan jawi, “ kata Yung Ren.
Mukanya yang kelihatan tenang berubah terkejut melihatkan surat itu.
Aku membaca isi surat itu,
“Tertanam ia di pintu kota kukuh seperti Mahligai Kubu. Letaknya elok di
negeri segala dagang berhimpun ini. “
Aku menarik nafas lalu menghembusnya dan menyambung, “pada
pemikiran saya, hal ini berkemungkinan ada kaitannya dengan harta karun”
“Saya setuju. Saya pun rasa hal yang
sama, ” Yung Ren mencelah dan
menyambung, “begini, sebenarnya sudah lama saya dan rakan saya Brahmayudan
menjejaki surat ini. Surat ini dikatakan akan membawa kepada harta yang tak
ternilai harganya. Saya dan rakan saya tu merupakan arkeologis, ” sambung Yung Ren bila melihat wajahku yang sedang
bermain dengan tanda tanya.
“Surat ini juga dikatakan merupakan
surat yang ditulis oleh Tun Mutahir, bendahara Melaka sewaktu sungai Melaka
berjaya ditawan oleh Portugis.” Aku mengangguk faham.
“Jadi, kalau benar surat ini membawa
kita ke tempat harta karun itu, apa klu yang boleh kita ambil daripada surat
ni? “ Soalku.
“Tertanam ia di pintu kota kukuh
seperti mahligai kubu...tunggu sekejap, sewaktu Portugis menjajah Melaka,
terdapat satu kota pertahanan yang di bina untuk menjadi kubu dan tempat
perlindungan orang- orang portugis. Mungkin kota yang dimaksudkan ialah Kota A’
Famosa. Dan kalau itu benar, harta tu mungkin terletak di pintu gerbang kota
tersebut. Saya juga yakin yang kota itu Kota A’ Famosa kerana negeri yang
dimaksudkan merupakan negeri Melaka. Dahulu, negeri Melaka telah diberi gelaran
‘Himpunan Segala Dagang’ oleh pedagang- pedagang yang berkunjung kerana
terdapat ramai pedagang dari negara yang berbeza datang ke situ untuk
berdagang, “ terang Yung Ren dengan
penuh bersemangat.
“Kalau begitu, boleh saya ikut Yung Ren dan Brahmayudan untuk ekspidisi ni?
Saya pun tak nak terlepas daripada mencari harta yang tak ternilai tu sebelum
orang putih tu berjaya menjumpai harta khazanah Tanah Melayu kita! “ Balasku
turut bersemangat.
Keesokan paginya, aku, Yung Ren dan
Brahmayudan ke negeri Melaka untuk memulakan ekspidisi kami. Setelah
tiba dalam lebih kurang jam 12.30 tengahari, kami segera mencari hotel bajet
untuk penginapan satu malam kerana kerja- kerja cari- gali harus dilakukan pada
waktu malam. Itulah waktu yang paling sesuai agar para pelancong dan orang-
orang di sini tidak musykil. Kota A’ Famosa kini sudah menjadi pusat
pelancongan yang terkenal. Jadi, tidak mustahil ramai pelancong yang akan
datang melawat kota tersebut. Sementara menunggu malam, aku menghabiskan masaku
melawat tempat bersejarah di sekitar situ termasuklah pintu gerbang Kota A’
Famosa yang kini hanya tinggal pintu gerbang sahaja. Yung Ren dan
Brahmayudan sedari tadi berada di pintu gerbang itu sahaja padahal aku
sudah dua tiga kali pusing di sekitar kota bersejarah itu. Siap sempat membeli
ole- ole. Setelah selesai membeli, aku kembali sertai mereka yang berada di
bawah pintu gerbang itu. Mereka seperti pelancong lagaknya. Melihat peninggalan
sejarah itu dari dalam dengan sungguh terperinci. Brahmayudan memandang ke arahku setelah aku
sertai mereka.
“Amboi, banyaknya awak beli! “
Kata Brahmayudan.
“Ala...sementara masih ada
kesempatan, lebih baik jangan lepaskan peluang.” Balasku. Brahmayudan hanya tersenyum.
“Saya rasa awak mesti first time datang sini kan? “ Brahmayudan cuba mengagak. Aku sekadar
mengangguk dan tersengih.
“Biasalah tu...tapi kalau awak jadi
arkeologis macam kami, lebih banyak tempat yang awak dapat lawati. Bukan
sekadar di sini aje, di luar negara pun awak dapat, “ celah Yung Ren turut tidak ketinggalan menyertai
perbualan kami berdua.
“Sebelum ni ada ke ekspidisi yang
membawa kamu berdua ke luar negara? “ Soalku ingin tahu.
“Ada, apa takdenya...saya dengan
Brahma ni dah lama dah bekerja sebagai arkeologis. Sejak kami berusia 20- an
lagi“ Aku bersilih ganti memandang kedua- dua wajah arkeologis tempatan yang
berpengalaman itu. Yung Ren menyambung,
“ada suatu ketika tu, kami terpaksa meredah padang pasir di negara Timur Tengah
hanya untuk mencari maklumat tentang masih adakah makam Firaun yang masih belum
dijumpai. Waktu tu kami tak cukup bekalan makanan dan minuman. Jadi, kami
terpaksa makan serangga atau apa saja haiwan yang berada di situ. Saya ingat
lagi, saya terpaksa makan kala jengking yang sedang berehat di tepi batu” Yung Ren tersenyum mengimbau kenangan
lamanya.
“Em, betul tu...saya masih rasa lagi
perisa kala jengking tu awak tahu tak” seloroh encik Brahmayudan. Kami bertiga
tergelak dengan jenaka encik Brahmayudan itu.
“Wah, mesti banyak pengalaman yang
dah kamu berdua peroleh melalui berbagai- bagai ekspidisi! “ Aku meluahkan rasa
kagumku terhadap mereka. Mereka sekadar tersenyum bangga. “Jadi, tak hairanlah
kalau saya cakap yang ini merupakan salah satu ekspidisi yang kurang menarik
bagi kamu, “ tambahku.
“Hish! ke situ pula awak ni.
Sebenarnya saya lebih berminat nak sertai ekspidisi yang berkaitan dengan
negara kita ni. Masih banyak lagi khazanah negara ni yang belum diterokai. Buat
apa nak cari sejarah negara orang tapi
sejarah negara sendiripun tak tahu. “ Yung Ren menafikan penyataanku. Bertambah
kagum pula dengan anak jati Perak ini. Walaupun sudah banyak mencari pengalaman
di negara luar, negara sendiri tidak dilupakan.
“Sudahlah,dah nak pukul 3.00 dah ni,
saya dah lapar, jom kita pergi makan? “ Ajak Yung Ren.
“Jom! “ Aku dan Brahmayudan berkata
hampir serentak.
Pada pukul 2.00 pagi esoknya, kami
ke tempat itu semula. Seperti yang dirancang, aku diminta untuk menjaga line sama ada line clear ataupun tidak. Keadaan di situ agak lengang. Hanya terdapat
beberapa buah kereta yang menyusur laju di jalan raya. Aku memandang mereka dan
mengangguk tanda line clear. Dalam
kegelapan malam itu ditambah pula gelapnya di bawah pintu gerbang itu, Yung Ren
membuka lampu picitnya dan diletakkan di mulut membiarkan gigi putihnya itu
memegang lampu picitnya manakala Brahmayudan dengan segera mencangkul tanah
keras yang berada tepat di bawah pintu gerbang itu sehingga terpecah batu- bata
lantai itu dan akhirnya mereka terjumpa sesuatu. Sekeping surat usang dan
sekali lagi, bertulisan jawi.
“Mustaqim! Sini kejap, “ panggil
Yung Ren.
“Ada apa? “
“Tolong baca boleh? “
Aku memandang surat usang itu lalu
aku mengambil dan membukanya.”Nah,” Yung Ren memberikan lampu suluhnya
kepadaku. Mengecil mataku. Dalam keadaan gelap disuruhnya aku baca surat ni.
tulisan jawi pulak tu. Berangkai- rangkai.
“Anak waris Tanah Melayu, jaga tanah ini walau nyawa menjadi taruhanmu.
Penawan bumi ini hanya membawa kemusnahan kepada agama dan adat kita. Agama dan
adat jangankan hilang dari bumi kita ini. Tanah ini terkaya sungguh dengan
adatnya Hai warisku, sadar dari tidurmu. Maruah itu ditaruh jangan. Kehendak
Tanah Melayu untuk bebas lekas laksanakan. Satukan jiwamu menantang penjajah
durjana. Hatta, kukuhkan persaudaraan agar persaudaraan itupun membantumu
nescaya tanah kita akan kekal menjadi milik kita. Hai warisku, perbuatan
khianat jangan kau lakukan sedang ia menjadi punca peperangan. Kehendakku kau
laksanakanlah. Itu pintaku terakhir kali ini.”
Aku melipat surat itu. Setelah itu
aku menyuluh kedua-dua wajah yang berada di hadapanku kini.
“Jadi, harta yang tak ternilai
tu...bumi yang kita pijak nilah? “ Aku menyuarakan tanda tanya.
“Lebih kurang macam tu jugaklah.”
Yung Ren menjawab sekadar yang mampu. Aku langsung mengeluh dan sangat sedih
kerana tidak dapat menjumpai harta karun yang selama ini menjadi tujuan kami datang
ke mari. Brahmayudan dan Yung Ren turut sama bersedih.
“Nampaknya usaha kita macam tak
berbaloi je...”
“Hish! tak elok cakap macam tu. kita patut beruntung sebab
kita dapat hidup dengan aman sekarang nipun kerana jasa orang terdahulu untuk
terus berjuang pertahankan tanah air kita. Tanpa mereka siapa kita sekarang ni.
cuba awak bayangkan, tiada siapapun yang menyuruh mereka pertahankan tanah ni.
Mereka tak jumpa pun dengan surat ni, tapi mereka tetap berjuang sebab mereka
dah tahu sendiri yang tanah ni tanggungjawab orang di sini untuk
mempertahankannya. Kita ni sebagai waris tanah ni seharusnya kita turut
berjuang seperti mereka. Tapi, kebanyakan penghuni tanah ni leka dengan mainan
orang- orang barat yang tak pernah fikir tentang agama, adat dan budaya kita.
Kita kena jaga tanah ni daripada dijajah secara fizikal mahupun mental. Kita
kena bersatu walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya. “ Yung Ren segera
mencelah sebaik sahaja ayat itu meluncur laju dari mulutku. Dia tampak marah.
“Saya setuju dengan Yung Ren. Tanah nilah sebenarnya harta
yang tidak ternilai tu. Tanah yang kita kenal sebagai Malaysia nilah harta yang
tak ternilai harganya tu! “ Sokong Brahmayudan. Aku terkesima. Mereka bukan orang
asal Tanah Melayu, tapi mengapa mereka sangat bersemangat pertahankan tanah ni.
Sedangkan aku orang melayu, tapi lebih pentingkan harta karun daripada tanah
airku sendiri. Kekagumanku memuncak terhadap mereka berdua. Yung Ren dan
Brahmayudan. Dua- dua berasal dari bangsa yang berlainan. Namun, mereka tetap
ingin bersatu.
“Maafkan saya. Saya begitu asyik dengan harta karun sampaikan
terlupa bahawa ada harta yang jauh lebih penting yang harus saya jaga.
Opps...maaf, kita jaga,” kataku mengaku kesilapanku.
Yung Ren dan Brahmayudan tersenyum lalu Yung Ren berkata,
“tak mengapalah, lagipun apa guna kita hidup dalam satu bumbung kalau saling
tak mengingati, kan? “
“Anggap je ekspidisi ni satu percutian buat kita, “ tambah
Brahmayudan.
“Haah, satu percutian kesedaran untuk kita yang leka ni. “
kataku kemudian kami ketawa bersama. Percutian ini sangat aneh. Kami jadi kawan
hanya dalam beberapa hari. Sungguh menakjubkan. Mungkin itu juga salah satu
keajaiban Allah S.W.T.. Azamku, aku akan jaga Malaysia walau apa jua cabaran
yang datang lepas ni.
Dush!
Kami terdengar bunyi tembakan. Tiba- tiba dadaku terasa
panas. Aku memandang wajah Yung Ren dan Brahma sebelum rebah.
“Mustaqim!” Yung Ren memelukku. Dia meletakkan kepalaku di
pehanya. Dadaku sakit. Teramat sakit. Bernafas pun aku tak mampu. Aku lihat
Brahma sedang bergelut dengan seseorang. Peluru dilepaskan lagi namun sempat
Brahma menahan tangan orang itu. Aku pandang muka Yung Ren yang sedang
menangis. Entah kenapa dia menangis aku pun tak tahu. Pandanganku kabur
sangat...aku rasa macam nak...
“MUSTAQIM!”
TAMAT...tamat ke??
Mustaqim melarikan diri
dari rumah pak ciknya bersama- sama surat yang membawa mereka bertiga ke Melaka itu. Surat yang pak ciknya curi
dan simpan sekian lama tanpa pengetahuan bapanya. Pak cik Mustaqim terlalu
inginkan harta pusaka peninggalan keturunan Tun Mutahir dan berimpian mahu
melenyapkan keturunannya. Ya, benar. Mustaqim dan ayahnyalah waris sebenar Tun
Mutahir. Pak ciknya, iaitu abang kepada ibu Mustaqim yang berdarah kacukan orang putih dan jawa telah melaksanakan
impiannya walaupun dia sudah mendengar isi kandungan surat yang dibacakan oleh Mustaqim di mana tiada secebis harta karunpun yang terdapat di situ kerana dia telah
berjaya membunuh Mustaqim. Itu lebih penting baginya. Setelah kejadian itu pak
ciknya hilang tanpa diketahui jejaknya.