Melukis Impian

Melukis Impian Melakar Kejayaan Menembusi Imaginasi

Thursday, February 27, 2014

Putera Sangkar Maut - TTS Production




          Assalamualaikum, ape khabar guys? Okay...aku mengaku agak lame jugak aku tak jenguk blog nih...(walaupun aku tau org tak tengok blog aku nih -.-)mesti korang rindu aku kan? Aku kini sudahpun berada di Universiti! Bergelar Mahasiswa! Rasa seronok...tapi pada waktu yang sama penat...yelah, rasa mcm tak dapat nak nikmati cuti lepas SPM, assignment dahle berlambak...Haish! member-menber aku yang lain dah ade lesen kete and motor bagai, aku masih lagi dengan lesen kaki aku ni...nak menapak dari bilik ke lecture hall taklaa jauh mane pun tapi cukup mampu untuk buat aku lenjun dengan peluh(biasele org kuat berpeluh, sihatla katekan...)dan perkara ni membuatkan aku tak selesa bila dalam kelas...

          Kita tutup cerita tu dulu sebab harini aku ade something nak kasitau korang...sama macam kat SESTA dulu, aku kat U pun masih lagi aktif berlakon...kalau sebelum ni aku masuk drama bahasa inggeris peringkat negeri/SBP je, kat U aku masuk sebuah pertubuhan teater yang dinamakan Tronoh Theatre Shop(TTS). Currently, aku and member baru TTS baru tamat membuat persembahan untuk pertandingan Teater Sepuluh Minit yang diadakan setiap tahun(kalau tak silap aku) khas untuk member baru TTS. Cut story short, tak lame lagi TTS akan mementaskan satu pementasan kat sini starting pada 12 april, dua hari lpas hari jadi aku, meaning, jadikan pementasan ni sebagai hadiah hari jadipun okay gak(forever alone T-T) Tapi...the big question is, mungkin aku ada test haritu=penaaat...kalau takdepun mungkin aku balik time tu...so, hal2 mcm ni yang membuat aku terpaksa memilih Opportunity Cost aku...sama ada pergi atau balik rumah....

        Okay2...biar aku terangkan sedikit mengenai TTS ni,Tronoh Theatre Shop (TTS) telah ditubuhkan di bawah Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Teknologi PETRONAS (MPPUTP) pada 2002 dan telah menyertai Festival Teater Perak sejak 2003, yang kemudiannya menjadi kumpulan teater UTP di bawah Unit Kokurikulum, Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar (JPSP), UTP. TTS setakat ini telah mementaskan teater karya Dr. Shark; Asylum, Miao Miao Sang Arnab, Hmm…Begitu Panasnya!!, Transit, Panggilan Maut, Sampah Oh Sampah, Qum!, Cinta Sang Arnab Bangsawan Tuah Hang Jebat, Putera Sangkar Maut, dan Maharaja Beruk. TTS juga pernah mementaskan karya dari penulis luar seperti Sasau karya Hashim Yassin, Jebat dan Kerusi karya Hatta Azad Khan.
Logo TTS dan UTP terkini
          
            Secara purata, TTS mementaskan sekurang-kurangnya lima persembahan teater dalam setahun. Ini tidak termasuk persembahan undangan lain seperti “mime”, “sketch” dan monolog. TTS pernah diundang untuk pementasan MAKUM pada tahun 2004 di Panggung Bandaraya. Selain itu, TTS juga pernah mementaskan teater yang berunsurkan Islam sempena Pembebasan Palestin anjuran Jamaah Islah Malaysia (JIM) di Taiping dan Pulau Pinang, persembahan Minggu As-Sunnah Negeri Perlis dan persembahan di Kolej Matrikulasi Perak. 

Sepanjang penubuhannya, TTS telah memenangi beberapa anugerah di Festival Teater Perak (FTP) seperti Asylum (FTP 2003), Miao Miao Sang Arnab (FTP 2004), Hmm…Begitu Panasnya!! (FTP 2005), Asylum50 (FTP 2007) dan Jebat (FTP 2009). Selain itu, TTS telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan disamping membawa pulang beberapa anugerah lain seperti Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Skrip Terbaik dan Persembahan Terbaik dalam Intervarsity Human Values Drama Competition di Universiti Malaya anjuran Sathya Sai Baba Central Council Malaysia (SSBCCM) dengan membawa naskhah yang berjudul Taqdir. Pada bulan februari 2012, TTS untuk pertama kalinya telah berjaya mengadakan persembahan teater di peringkat antarabagsa dengan jayanya.  

Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Dr. Shark), pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), telah mula bergiat aktif dalam teater sejak 1987 di Kuala Lumpur. Beliau mula berkecimpung dalam teater sebagai pelakon dalam pementasan Atap Genting Atap Rembia (Roslina Khir), Mindstuff (Maureen Ten), Sister (Mustafa Mahidin), Wan Empuk Wan Malini (Normah Nordin), Cinta Arnab (Rajan - Panggung Negara), Macbeth (Kee Thuan Chye), Lady White Snake (Chin San Sooi), Asylum (Shamsul Rahman), Midsummer's Night Dream (Instant Cafe - Jo Kukathas), Mahkamah Keadilan (Normah Nordin - Panggung Negara), Bakai (Uwei - Panggung Negara), Titian (Normah Nordin) dan beberapa persembahan “mime” (Soo San).

Dari pengalaman beliau menerusi kumpulan teater Centre Stage, Instant Café, Five Arts Centre dan Actor’s Studio, kumpulan Gest Shop yang ditubuhkan bersama rakan-rakannya muncul memenangi Pekan Teater Kuala Lumpur dengan skrip beliau berjudul “Cinta Sang Arnab”. Antara anugerah yang berjaya dirangkul ialah hadiah Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik. “Cinta Sang Arnab” karya Dr. Shark kemudiannya diangkat oleh Panggung Negara sebagai persembahan bulanan pada tahun 1992.

Selain itu, beliau telah mengarah beberapa naskhah teater dan pernah memenangi beberapa anugerah teater Festival Teater Selangor dalam SAWO (1991), dan Kerusi (1992), Festival Teater Matrikulasi (Asylum) dan Festival Teater Kuala Lumpur (Cinta Sang Arnab).  Beliau adalah pengasas kumpulan teater Play-Play-n-Play di PPP, ITM dan Tronoh Theatre Shop (TTS) di UTP. 

Semasa melanjutkan pelajaran di USA beliau telah juga mendalami teater improvisasi Boahl, “mime”, “mask” dan “stage combat” di MeDewan Serbagunais USA. Beliau pernah membuat beberapa persembahan mime dan teater Boahl di beberapa lokasi di USA. Selain itu, beliau juga telah mengarah hasil karyanya sendiri yang lain seperti Hmm...Begitu Panasnya!, Sampah Oh Sampah, Transit, Asylum50, Taqdir (Dr. Shark & Sefa), Cinta Sang Arnab (Cinta Arnab), Miao-Miao Sang Arnab, Panggilan Maut, “The Awaited” , Tok Janggut (Dr. Shark & Salju Putih) dan Qum!

Kalau la sesiapa yang nak pergi untuk pementasan yang akan dilangsungkan tak lama lagi...sini aku ada kasi sedikit info pasal pementasan tu...Basically, pementasan tu akan dipentaskan kat UTP and KL...so bile2 free, JOM?
Putera Sangkar Maut

Tarikh            : 12 – 13 April 2014
Masa              : 8.30 malam – 10.30 malam
Tempat          : Multi-Purpose Hall,  Universiti Teknologi PETRONAS
Sinopsis          :

Putera Sangkar Maut mengisahkan seorang lelaki bernama Azad yang mencintai Aminah, seorang gadis kampung. Namun begitu, Aminah mencintai adik angkatnya iaitu Uda. Oleh kerana dendam dan nafsu, Azad telah memperkosa Aminah dan mengakibatkan Aminah mengandung. Pada masa yang sama, Rosnah yang merupakan tunang Andak, meminati Uda dalam diam-diam dan membenci Aminah. Setelah Azad mengetahui asal usulnya yang merupakan anak kepada Maharaja Beruk yang kejam,  Azad telah membuat keputusan untuk menerima tanggungjawab sebagai raja. Rosnah yang mengetahui akan perihal itu, terus mengambil kesempatan  untuk menarik perhatian Azad bagi membolehkan dirinya menjadi kaya dan berkuasa dengan menggunakan bantuan bomoh. Aminah kemudiannya telah berjumpa Rosnah dan membuat pengakuan tentang keadaan dirnya yang mengandungkan anak Azad. Namun begitu, Datuk Temenggung tanpa disangka, telah membunuh Aminah. Tragedi ini telah sampai ke pengetahuan Uda. Dia bersumpah untuk membalas dendam terhadap Azad.

Putera Sangkar Maut

Tarikh            : 15-17 May 2014
Masa              : 8.30 malam – 10.30 malam
Tempat          : Taman Budaya Kuala Lumpur.
Sinopsis          :

Putera Sangkar Maut mengisahkan seorang lelaki bernama Azad yang mencintai Aminah, seorang gadis kampung. Namun begitu, Aminah mencintai adik angkatnya iaitu Uda. Oleh kerana dendam dan nafsu, Azad telah memperkosa Aminah dan mengakibatkan Aminah mengandung. Pada masa yang sama, Rosnah yang merupakan tunang Andak, meminati Uda dalam diam-diam dan membenci Aminah. Setelah Azad mengetahui asal usulnya yang merupakan anak kepada Maharaja Beruk yang kejam,  Azad telah membuat keputusan untuk menerima tanggungjawab sebagai raja. Rosnah yang mengetahui akan perihal itu, terus mengambil kesempatan  untuk menarik perhatian Azad bagi membolehkan dirinya menjadi kaya dan berkuasa dengan menggunakan bantuan bomoh. Aminah kemudiannya telah berjumpa Rosnah dan membuat pengakuan tentang keadaan dirnya yang mengandungkan anak Azad. Namun begitu, Datuk Temenggung tanpa disangka, telah membunuh Aminah. Tragedi ini telah sampai ke pengetahuan Uda. Dia bersumpah untuk membalas dendam terhadap Azad.